Nuffnang

Friday 28 June 2013

Air mata ibu

Setitik Air Mata Ibu...

                           

                               Bismillahirrahmanirrahim

 
 Semalam terdetik hatiku ingin hubungi ibuku..Ibuku menangis lagi,Suara tangisan amat memilukan bagi sesiapa sebagai anak yang mendengar tetapi kepada siapa air mata itu sebenarnya,???Adik-adikku tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu kisah ibu.Ibu aku ni jenis pandai menyembunyikan segala pengalaman pahit manis.

Setelah berbual panjang ibuku berkata sangat rindu kepada cucunya,iaitu cucu  anak sulongnya aku lah tu..hehehehe,sedangkan ku mengerti yang tersirat itu...Akhirnya ibu beritahu kepadaku mahu pulang ke kampung halaman sambil mencari pekerjaan baru dan niat nak berpindah ke utara
KEDAH DARUL IMAN...
Ibuku beritahu ku nenek sakit jantung tetapi masih lagi berkerja,hanya ubat sahaja untuk bekalan tenaga bak kata "KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG"
 
 
Ibu menangis kerana rindu sangat pada nenek,sedih nenek mengadu tercungap-cungap bawah pokok sampai tidak terdaya tubuh yang sudah berusia tetapi kerja kuat lagi.Dirumah pula ibuku sedih anak-anak yang tidak mahu dengar nasihat,menaikkan nama ibu dengan hinaan orang..
Dialah satu-satunya adik perempuan ku yang kuharapkan jangan ikut jejak langkah akaknya,
 
Ibuku berkata sudah berdaya nak menghadapi  menconteng arang dimuka ibu...IBU ku ialah ibu....IBUku jugalah AYAH...setelah bercerai dengah ayahku..
Apa yang boleh ku bantu dengan beri semangat: Sabar ibu dugaan dari ALLAH swt.Bukan salah ibu tidak beri didikan.Suatu hari akan sedarlah adik-adik ni yang masih mentah ragam kehidupan ni,baru setahun jagung sudah tunjuk pandai..
 
Sebagai anak sulong sudah berumahtangga tanggungjawab sudah ada,apa yang mampu hanya beri nasihat Inshaa Allah ada jalan penyelesaian..ALLAH itu maha adil
 
Adakah anak itu mendengar rayuan si ibu...??..


"Setitis air mata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadam api Neraka terhadapmu, setitis air mata ibu itu juga mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita itu."
 
 

Sunday 23 June 2013

Saya bersyukur

Salam..
Pagi tadi keluar pergi PPUM berkumpul dengan fam my honey..MISI:bangun tido cari PPUM ooo....tengok map dekat dengan MEnara KL,,,hahaha..bajet power r...Aku berempat dengan adik ipar aku POK yang lucu...pakcik arfan..sampai je dekat UM masuk jumpa gard bertanya gard pun bagi lah arah nak pergi PPUM ceh dengan bangganya teruskan je perjalanan last-last 3 kali tawaf UM tu balik-balik jumpa tempat gard..hahahahaha...adoi..mujur lah jumpa..sesampai je pergi masuk je parking OKU da ada orang ambil,,,adoi bila orang malaysia ni nak pikir...
Lepas sudah parking bertingkat mujur ada parking OKU,tu pun ada pakcik sihat anak beranak parking situ..pastu pergi makan kat foodcourt situ...Orang akan tengok pelik je..KEnapa..??????sebab aku bertongkat..hehehe.masa itu lah pakcik sekeluarga tu perhati je aku pengang arfan,dalam hati ni kenapa OKU ni tak boleh kawen ke ,ingat semua OKU ni tak kan ada anak...biar lah nak kata apa pun..asalkan pikir positif.....selepas itu terserempak jumpa pakcik tu sekeluarga rupa-rupanya die yang parking tempat OKU tu adoi..dalam hati ni berkata bila lah nak insaf..baca pun tak reti ke!!!!!!

Aku bersyukur pada ALLAH swt..ada family mertua aku terima aku seada nya..Aku dikurniakan ANAK MUHAMMAD SAFIY ARFAN ...setiap kali perlu tolak stroller..orang lain boleh tolak...kesian kepada isteri aku..Semoga Bahagia sehingga akhir hayat ku& arfan menjadi anak yang soleh..nanti arfan boleh jaga MAMA & PAPA

MEncari buaian besi..

Letih harini..berjalan dari pagi tadi....mujur arfan meragam sekejap je...
muka arfan sedap je tido dalam stoller..
mama die suruh cari buai besi..bila servey banyak pula blog cakap ada baik buruknya..tapi selama adik aku ramai 11 orang semua ok je...Esok balik kerja cari lah kat mana2 pun...

Saturday 22 June 2013

Kisah Jep sepah semasa susah



aku peminat jep sepah

KISAH BENAR KEHIDUPAN JEP SEPAH SEBELUM MENJADI PELAKON DAN PELAWAK | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

Wednesday 19 June 2013

tABLET MURAH UNTUK ADIK

Harini balik shift kerja lewat...ayah suruh carikan tab murah-murah rm250...letih juga servey murah2 sudahlah kan adik fad bukan tahu nilai...sanggup ayah kumpul duit untuk anak kesayangan nya..yelah walaupun adik dari ibu tiri ku,tetap adik kandungku..akhirnya jumpa juga

1 st:

Specifications:
MODEL NAUTICA 2 - REAR CAMERA
CPU All Winner A13, 1.2GHz
GPU Mali 400
Operation System Android 4.0.3
RAM 512MB DDR3
Nand Flash 4GB
Screen Type 7" Capacitive Screen
Resolution 800 x 480
3G Support
Camera 2.0 Megapixels
Gravity Sensor Support
Multi-Touch 5 points touch
Android Market Support
Video 2160P(3840×2160 px), AVI/MOV/MP4/RMVB/FLV/MKV
Music MP3/WMA/WAV/APE/AAC/FLAC/OGG
Ebook TXT, PDF, HTML, RTF, FB2
WIFI 802.11 b/g/n
Earphone Interface 3.5mm
1 x MINI USB port
1 x 3.5mm earphone port; 1 x TF card po





2nd  Ainol-novo-7-legend
Rm230 je


servey kan aje untuk adik....huhuhu bagi korang mane lagi ok...jangan bandingkan yg mahal2 pula..hehehehe

Monday 17 June 2013

Aku menjadi Ayah

Assalamualaikum..


17/6/13

Baru paham erti seorang ayah..susah senang pun sanggup berkorban untuk anak..
Baru ku sedar..
Dulu ayah aku mengajar aku tateh susah & lambat aku nak berjalan..lucu emak aku cakap budak gemuk lambat jalan..
Sekarang bila dengar emak aku cerita...ayah aku menitis air mata bila die melihat aku sudah tak macam dulu...Dulu die ngajar aku berjalan@ bertateh..


Sekarang aku sudah menjadi ayah dan anak ku bernama Muhammad Safiy Arfan..2 bulan 17 hari..
Arfan papa syg arfan sangat2....papa nak arfan boleh jaga mama bila arfan da besar...jika papa sakit arfan kan ada...hehehe..arfan jgn risau papa arfan macam ni pun papa tetap usaha demi arfan..Biar Lah papa arfan ni OKU pun..janji da terbukti walau papa arfan ni OKU tapi papa cuba untuk mencari rezeki yg halal untuk arfan

                                                           Ni arfan berusia 1 hari



                                                     Ni  da 2bulan 17hari penat layan tetamu


Klik