Nuffnang

Tuesday 3 March 2015

Viral Croup – Simptom, Cara Merawat & Cara Mencegah

Apakah itu Viral Croup?
Viral croup jangkitan atau keradangan pada saluran pernafasan atas hingga menyebabkan pembengkakan pada kerongkong. Pembengkakan kerongkong ini akan mengganggu pernafasan anak anda sehingga menyebabkan suaranya parau dan batuk yang berbunyi seperti salakan anjing (barking cough). Simptom ini akan lebih teruk lagi di malam hari dan apabila anak anda menangis. Suaranya akan kedengaran seperti tersekat sekat. Selalunya pesakit akan dirawat dengan menggunakan steroid dan, epinephrine (adrenalin) akan digunakan jika anak anda berada pada tahap kesakitan yang serius.
Nampak tak pembengkakan saluran pernafasan dalam gambar ni? Bengkak yang serius boleh menutup terus laluan udara/oksigen.Sumber gambar : http://www.childrensdayton.org
Tanda/Simptom
1)Batuk yang kedengaran seperti bunyi anjing
2)Demam panas melebihi 38.5 darjah celcius
3)Mata kelihatan layu dan tidak bermaya
4)Anak nampak kurang aktif
5)Bibir kering dan pucat/ nampak kebiruan
Punca & Penyebab
Kebanyakkan croup berpunca daripada jangkitan virus parainfluenza type 1 dan 2.  dan hanya kira-kira 25% kes berpunca dari bakteria. Masa Luqman kena croup ni doktor ada tanya duduk kawasan mana dan ada sebarang proses pembangunan ataupun ubah suai rumah. Saya cakap, YA. Doktor cakap debu dari simen juga mungkin menyebabkan berlakunya croup ini.
Tahap Penilaian Viral Croup
Tahap penilaian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ringan, sederhana dan berat. Dulu Luqman dikategorikan dalam bahagian berat(severe).
Ringan – Croup yang ringan hanya menunjukkan tanda demam dan batuk yang berbunyi seperti anjing.
Sederhana- Demam, batuk seperti anjing, dada masuk ke dalam setiap kali bernafas. Pesakit masih boleh bercakap.
Berat- Batuk sudah tidak kedengaran, pesakit hampir tidak sedarkan diri, bibir bertukar kebiruan, demam yang tinggi, suara tidak kedengaran (dah tak mampu cakap). Croup berat hanya dialami pada 1% kanak-kanak yang mengalaminya, dan Luqman salah seorang.
Cara Merawat
Anda sebagai ibu bapa kena pastikan anak anda berada dalam keadaan yang sangat selesa, berusaha agar dia tidak menangis dan tenangkan anak semasa dia mengalami kesukaran bernafas semasa doktor sedang merawatnya. Kanak-kanak ini akan diberi rawatan dengan menggunakan steroid dan adrenalin. Mereka juga akan diberi bantuan pernafasan iaitu oksigen jika paras oksigen didalam darah kurang dari 92%.
1)Jangan biar anak anda tidur bersendirian walaupun batuk croup dia tidak serius kerana croup boleh menjadi serius pada bila-bila masa sahaja tanpa anda sedari.
2)Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera jika anak anda yang diserang Viral Croup turur menunjukkan tanda tanda kesukaran bernafas, kencing yang sedikit, enggan makan atau minum, dan bibir yang kebiruan.
3)Pastikan anak anda minum banyak air. Dia tak nak makan tak apa. Jangan paksa. Cuma pastikan air diberi dengan cukup. Beri anak minum air glukos atau air kelapa muda yang boleh memberi tenaga dan kesegaran kepadanya. Namun pada croup peringkat teruk sehingga susah untuk minum, mungkin doktor akan pasang drip untuk masukkan air.
Cara Pencegahan
Kebanyakkan viral croup boleh dicegah sekiranya anak anda mengambil vaksin Influenza dan Diphteria. Luqman tak pernah ambil vaksin ni. Mungkin bagi sesiapa yang anaknya dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun boleh ambil vaksin ni sebab Viral croup amat kerap terjadi pada kanak-kanak usia begini. Namun, bagi sesiapa yang anti vaksin, saya harap anda tidak menghantar komen yang menghentam saya dan ibu bapa lain yang memilih untuk memberi vaksin kepada anak mereka, DAN ibu bapa yang vaksin anak pula tolong jangan hentam ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka kerana semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak masing-masing. Terpulang kepada cara masing-masing mencari, mengumpul dan mentafsir maklumat.
Sekian, Terima Kasih.

Sumber kisah dari https://mamamunie.wordpress.com

Klik