Nuffnang

Wednesday 10 June 2015

Dayaku


Lama sudah tinggalkan blog ni...hehe.

Alhamdulillah.Isteriku sedang sarat mengandung anak kedua 5bulan da ,moga dipermudahkan untuk segalanya.
Kadangkala aku rasa tak berdaya dikala timpa ujian kecil.Isteriku selalu tegur aku walaupun berbuih nasihat pada aku ini.Terima kasih atas teguran tu.

Aku sebagai abang sulong dari 11 orang adik beradik tidak pernah pun rasa aku sahaja yang betul,biasa dikala manusia tidak lari dari kesilapan.
Sering kali aku nak bantu adik-adik aku ni maju ke depan,walaupun sering di salah erti.
Tak pernah sama sekali rasa bila tiada pencapaian yang tinggi dari segi pelajaran tak bermakna tiada harapan atau masa depan untuk hidup,kerana rezeki tu luas,usaha tawakal inshAllah berjaya.

Harini terdetik memikir bila isteri sarat mengandung jauh dari sudut hati mampu ke aku ni.
Bila kawan sibuk kata tak melepak dengan kawan-kawan sebab takut isteri.

Bagi aku sebagai suami dan abang pernah tengok emak mengandung 11 0rang adik-adik,paham situasi,mula-mula memang gurauan je.secara automatik tadi aku jawab walaupun aku ni tak mampu angkat sebagainya cukup daya ku ni berada dekat sisi isteri aku.

Kadang-kala bila terima duka ni akan dapat berita baik.syukur permohonan wheelchair aku berjaya dan dalam proses pembekal akan call aku semula.

HATI YANG LUKA

Tiada lagi cahaya yang menyinari serelung hati ini,
Segala-galanya telah redup, sirna, dan seakan terpadam dalam sebuah kekosongan
Kuntum-kuntum senyum yang menemani aku telah pergi ,
Bersama gugusan hari yang kian malap, dan menjemput mati.

Titisan air mata ini, mejadi percikan yang semakin memecah kelopak jiwa
Semuanya menjadi satu dan membanjiri kolam sanubari
yang membelah belukar kesedihanku.

Detik ini,
Aku masih terluka, masih derita, oleh dia yang menghadiahkan aku sebuah luka
Membuatkan aku terdiam hilang bicara,
Membuatkan aku kaku terkesima, hilang kata-kata
Biarpun aku mengenang keindahan yang pergi bersama langit kirmizi

Kedukaan dan kehampaan menerobos ke dalam jiwa,
Bertamu, dan bermukim duka lara
Di sudut hati yang tak bernombor,
Menggenggam urat-urat cinta yang terluka sekian lama,
Luka itu, meratah daging kehidupan
Menemani ku ialah lara, dalam dunia tak bernama dan
Melumpuhkan sel-sel jiwa seantero hati ini.

Segala-gala bahasa cinta tidak lagi bermakna,
Segala-gala puisi rindu tidak lagi bererti,
Segala-gala gedung kasih telah berterbangan menjadi
puing-puing yang dibawa pawana tanpa irama dan lagu

Biarkan aku tenggelam
Dalam lantera malam yang sepi dan sunyi
Aku seperti pungguk , tidak jemu menatap wajah bulan,
Mengetuk pintu malam.
Aku seperti ombak , tidak jemu memuja pantai
Menanti tebing kasih terbuka , menyambut tangan sebuah hati yang terluka.

Kutitipkan warkah tanpa suara,
Terima kasih ,
Kerana menghadiahkan aku sebuah luka
Menjadi makam sekeping hati,
Pada sebuah jiwa.

Klik