Nuffnang

Friday 25 December 2015

Untuk apa


Assalamualaikum..

2:34 AM 26/12/2015

Terdetik malam ni nak menceritakan.
Semasa kita kecil, kita mesti memasang cita-cita untuk menjaga ayah dan ibu ketika besar nanti. Namun semua itu hanya impian. Hakikatnya tidak semua orang mampu melakukannya. Jika ada pun, adakalanya merungut. Ibu bapa boleh menjaga sepuluh orang anak, anak belum tentu boleh menjaga kedua-dua ibu bapanya.
Kadangkala rasa diri ni macam tiada tanda harga dan tidak berguna.

Kali  kedua aku dapat 1 harapan mengunung,tidak pernah sesekali menidakkan @ menolak tuah.Bukan putus asa
Cuba pahami

Pengertian Qada dan Qadar
Artian dalam bahasa Qada memiki beberapa arti seperti hukum, ketetapan, perintah, kehendak, pemberitahuan dan penciptaan.
Menurut istilah, qada adalah ketentuan dan ketetapan Allah SWT dari sejak zaman azali atas segala sesuatu yang berkaitan dengan iradah atau kehendak-Nya, baik itu kebaikan dan keburukan, hidup dan mati, dan lain sebagainya.

Pengertian Iman Kepada Qada dan Qadar
Beriman kepada Qada dan Qadar adalah menyakini dengan sepenuh hati bahwa adanya ketentuan Allah SWT yang berlaku bagi semua makhluk hidup yang ada dimuka bumi ini. Semua itu menjadi bukti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Segala sesuatu yang ada terjadi di dunia ini telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita sebagai makhluk nya harus menyakini dengan sepenuh hati bahwa semua ini adalah bukti tanda kebesaran Allah SWT.


Sering berjutakali mememikirkannya bila aku akan pulih.Kita berusaha pasti ada hasil.Syukur ada isteri yang kuat untuk susah senangku.Walau kadangkala aku macam arfan je minta macam-macam bila tak dapat mula lah masam muka.
Bila isteriku nak bercerita ada tabit ke tibet aku tahu nak sembutkan.Isteriku maklum ada yang pandai urut untuk kaki patah,aku ni jenis sudah tidak mahu dengar pasal tukang urut ni.Setiap kali pergi balik kerja tak keruan memikirkan semula apa yang isteriku cerita sebelum ni.

Malam tadi keluar makan kedai ,masa sampai kedai parking kereta dan masa nak ke kedai abg arfan buat hal pula nak naik stroller pujuk punya pujuk suruh pakai selipar arfan minta dukung cemburu mungkin adik nya (Nurul Alma Shaamena)nama nya,mama dia pakai baby carrier dukung mama dia malas nak bawak stroller.

Abang arfan suruh aku tanggalkan tongkat,pelik juga mula-mula tu,rupanya nak papa die dukung dia ,aku pun dukung jela pilu sedih hati ni,abg minta dukung bawa ke kedai,lama juga arfan peluk aku ... pujuk punya pujuk mujur nak jalan juga tapi syarat mama die pimpin..Yela paham jela bukan semua tempat sesuai untuk aku ni kadang kesian ke isteri die je kena jaga 2 bintang hati ni..

Alhamdulillah sejak ada anak ni baru aku paham erti seorang ayah ni,time kecik ayah sebenarnya caring kita juga tapi bila da besar kita lebih sayang emak@ibu kita,kadang kala la ,aku tidak cakap semua orang.Rasa bersalah je pada ayah tak dapat nak bantu masa terdekat ni..Maaf ini cuma cebisan cerita kecik je.

Tuesday 22 December 2015

PETUA tercekik tulang ikan

Petua menghilangkan tulang ikan yang tercekik di leher..

Okey peminat. Ni hari saya mau share satu cara yang paling senang untuk kasi hilang tulang ikan yang tersangkut di leher kamu waktu kamu syok2 makan ikan goreng, ikan rebus, ikan masin dan sebagainya.

Caranya mudah saja. Kamu cuci tangan kamu bersih-bersih. Lepas tu kan, kamu ambil segelas air (air yang sudah di masak ya) lepas tu kamu kasi masuk jari/tangan kamu d dalam gelas tu. Kemudian kamu cuci tangan kamu di dalam gelas tu. Lepas tu kamu minum air tu balik. Percaya lah. Tegukan yang ke-3 tu tulang ikan yang tersangkut di leher kamu tu pasti akan hilang.

Percaya lah cara ini sangat berkesan, nda payah kamu telan nasi sebesar penumbuk, minum air segelen, korek leher pakai jari semata2 mau kasi keluar tu tulang ikan. Kamu ikut saja cara yang saya ajar ni, kompom Berjaya. Walaupun kamu rasa agak kotor sebab minum balik tu air bekas kamu cuci tangan. Sebab itu lah saya suruh kamu cuci tangan bersih2 dulu sebelum buat. Hehehe

Petua ni kawan saya yang ajar. Mula2 saya ingat dia tipu dan kedengaran agak mengarut. Tapi sekali saya cuba. Wow tersenyum lebar terus saya sebab tu tulang ikan yang tajam lagi jahanam hilang. Macam magic lah pula saya rasa.

Jadi jangan la takut untuk makan ikan yang banyak tulang ya. Makan dengan tulang2nya sekali pun tidak apa sebab kamu tau sudahkan cara mau kasi hilang tu tulang...hehehe btw ni adalah cerita benar,bukan rekaan semata2 ya. Cuba lah kalo tidak percaya..XD


Klik