Nuffnang

Monday 21 April 2014

Nak dapat Sony Play Station 4 FREE? Hantar je gambar anda! #NextJutawan



BAGAIMANA NAK MENANG?
Senang sahaja. Anda boleh pilih untuk submit gambar, video, atau kedua-duanya.
BAGI ENTRI GAMBAR
Langkah 1: Tangkapkan gambar yang paling kreatif mengikut tema #NextJutawan
Langkah 2: Poskan gambar tersebut ke akaun Facebook, Twitter atau Instagram anda dengan hashtag #Power Root dan #NextJutawan. Tag @PowerRoot jika di Facebook.
*Pastikan post anda diset ke ‘Public’
BAGI ENTRI VIDEO
Langkah 1: Rakamkan diri anda menjerit “AHHH!!!”
Langkah 2: Gayakan diri anda dengan mana-mana produk Power Root
Langkah 3: Poskan video tersebut ke akaun Facebook, Twitter atau Instagram anda dengan hashtag #Power Root dan #NextJutawan. Tag @PowerRoot jika di Facebook.
*Pastikan post anda diset ke ‘Public’

Satu peluang yang tak boleh dilepaskan!
Berita baik untuk 8Sharers, ganjaran sebanyak RM5 kredit ke akaun 10 8Sharers yang entrinya menjadi kegemaran team 8Share untuk memberi semangat & sokongan kepada 8Sharers dalam memenangi #NextJutawan :D
Tarikh tutup: 31hb Mei 2014
Untuk keterangan lanjut tentang peraduan #NextJutawan Power Root, lawati link:
http://bit.ly/NextJutawanPowerRoot
10 8Sharers terpilih yang mendapat ganjaran RM5 akan diumumkan pada 3hb June 2014.
KLIK LINK ni : http://8sharer.com/contest/8sharers-untuk-menjadi-nextjutawan/
Bagi yang belum register 8share.com..Cepat2 register.Tak rugi pun..KLIK sini http://bit.ly/1ahOLKj

Monday 7 April 2014

Kejayaan




Kejayaan sesuatu perniagaan tidak hanya bergantung kepada idea dan produk yang hebat, kewangan kukuh serta pemasaran berkesan. Apa yang paling utama ialah kepimpinan berkesan. Pemimpin diibaratkan seperti kapten kapal yang mengemudi sebuah kapal. Jika kapten tersebut tahu mengemudi kapal tersebut, maka ia akan sampai ke destinasinya. Jika tidak, sesat atau tenggelamlah ia ke dasar lautan.


Manusia buat silap. Kadang-kadang yang zahir bukan atas kesilapan diri kita tetapi orang tetap akan melihat hal itu sebagai kesalahan kita. Ini ujian. Tidak mengapa. Bersabar! Ada balasan yang lebih baik untuk mereka yang bersabar. 


Rezeki itu ada banyak jenis. Ramai orang fikir rezeki hanya dalam bentuk wang ringgit. Kesihatan yang baik juga rezeki, anak yang baik juga rezeki, kemudahan hidup juga rezeki. Ada orang duitnya tak banyak tapi selesa, senang hidupnya. Rezekinya melimpah ruah tapi bukan dalam bentuk wang. Lain orang, boleh jadi lain bentuk rezekinya.

Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang.

Jangan mengeluh jika menghadapi masalah. Jika kamu merasa bebanmu lebih BERAT daripada yang lain, itu kerana Tuhan melihatmu lebih KUAT daripada yang lain.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan..

Klik