Nuffnang

Monday 25 November 2013

My IRON KID



26/11/2013

Arfan da 3 hari tak berak,pening papa dgn mama kamu ni,cian sungguh tak sanggup masuk ubat air cucuk kat bontot kamu tu arfan..Harini arfan pergi jumpe uncle arfan ,Aqeel anak pakcik aku juga,hehehe



Arfan sekarang da pandai bijak ragam-ragam buat papa kadang gelak sorang-sorang bila teringat balik..Maafkan papa arfan ,kadang-kadang mama kamu yang beli susu untuk kamu papa bulan lepas da kene potong gaji,kadang-kadang papa pikir papa ni tiada fungsi je..selalu saje tak cukup...Insha Allah papa ikthiarkan untuk arfan ye...Papa usaha je niaga macam mana pun untuk arfan asalkan HALAL...Muahhhhhh arfan papa sayang arfan


Thursday 21 November 2013

Isteri kekuatan ku & arfan semangatku

Harini pula aku kene warning letter,sebab ke toilet dengan status bekerja,aku ke toilet sebab nak kencing satu hal pastu dengan batuk-batuk,padahal orang tu nampak kot batuk aku macam nak gegar je ofis,selagi aku tak buang dalam tekak tu selagi tu r aku batuk,mujur lah akak angkat kot...heheh die jelah yang baik dengan aku,die yang cakap tadi ada orang cari aku,status special assigment tapi aku takde kat meja,so aku diamkan jelah..Lepas tu dengar lah orang tu suruh pegawai aku ni bagi warning letter,dalam hati aku redha jelah,salah aku kan lagi pun aku tengah WANTED MC,staff takleh pakai.yelah staff yang bangus kena ada aircond baik punya.takpelah dunia dipandang buruk je,insha ALLAH lepas ni terbukalah pintu hati tu,,,,,Bagi aku biar dipandang Buruk oleh manusia ,Janji dipandang mulia oleh ALLAH.


Balik dari kerja mood memang hilang da,dengan park jauh pula tu harini,sebab pagi tadi hantar arfan sebab luka nya makin teruk jumpa doktor sama ,die bagilah antiboitik makin sebab ubat sapu ,sebelum ni tak de function.


Bengang,nyirap semua ada,Tapi BILA tengok isteriku dan arfan ni
sejuk mata memandang membuat aku lupa semua hanya senyuman terukir dibibir ..hehehe..Alhamdulilah,asalkan aku buat isteri dan anak aku gembira da cukup bagi ku walaupun tanggung derita,mama arfan ialah power women,dielah pembantu ku didunia ni yang aku sangat cintai & untuk kekuatan ku,arfan pula zuriat yang tak ternilai bagiku & semangat ku.....Love u 2 so much.... my lovely & ironkid ...

Didalam perit masih ada MANISNYA



Sejak 14/11/2013 badan kurang sihat demam batuk-batuk,aku MC batuk ada darah.Memang syok lah sangat kan sakit duduk rumah tapi baring jelah,tak boleh buat apa-apa..huhuhu!!
Isnin kerja pagi-pagi pergi lah ke klinik bersama-sama 3 beranak,arfan pun kurang sihat ada sembelit susah nak berak yelah baru 7 bulan,penangan makan BISKUT COKLAT TIGER...sebenarnya tak elok untuk baby.Isteri pula dapat jaga sekejap jelah aku ni yang demam yang lain pada arfan jelah,tak pelah anak lagi penting,cian pada isteri pagi-pagi arfan bangun nangis je,kat betis kanan ada luka macam melecet je,mula-mula kecik je pastu lama-lama besar pula luka die,mama nya nangis tengok arfan merengek,aku pula demam diam kan jelah.
Nak dijadikan cerita demam aku ni pelik malam je demam panas 39 darjah celcius panasnya..hehe isteri try guna termo arfan punya pada papa arfan.Ada bagusnya juga beli,hehehe...Lepas da pergi klinik putrajaya persint 9.aku pun masuk kerja lambat tapi dengan syarat kena ada timeslip lah,lepas sampai ofis macam biasa lah lewat dengan masih tak sihat bisa-bisa terasa je masa berjalan dari park kereta ke ofis.
Sesampai je buat kerja macam biasa pastu kene panggil dengan agensi kerana isu aku lah perfomance aku HIGH MC sudah lebih 14 hari ma........
4 vs 1 time tu,Agensi tu maklum pada aku kenapa banyak MC ,pastu da berapa hari MC bulan ni,aku mana lah ingat,pastu die tanya kenapa MC??aku jawab sakitlah sebab tu MC,mujur lah sebelum ni ada 1 HR ni aku da cerita sebab apa aku kerap MC,aku da cakap kaki aku ni perlu Operate da tiba masa,ada lah umat tu tak paham bahasa nak surat dari doktor menyatakan sebab apa aku kerap MC sebab sakit apa.adoi...sakit macam-macam bukan kaki je,kalu aku nak cerita dari A-Z bukan masalah dieorang pun,


Aku jawab je dengan tenang sebab aku bukan pergi beli MC memang aku jumpe doktor dieorang bagi MC,pastu agensi ni cakap lah sebab aku MC efek kepada semua group aku,aku paham bukan aku saje nak MC saje2 nak orang lain pun susah.Allah swt jelah yang tahu..













Tuesday 12 November 2013

SABAR KU

"Engkau Tak Sembahyang, Tapi Kau Tetap Kaya Dan Semakin Kaya"

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi yang aku nyatakan pada tajuk entri aku kali ni?? aku pernah...sebab aku banyak bergaul dengan orang ramai dari kecik sampai aku besar.kehidupan aku ketika remaja sampai ke hari ini lebih kepada kehidupan sosial dan masyarakat..oleh sebab tu aku kerap berjumpa dengan pelbagai gelagat manusia..antaranya manusia yang tak pernah solat,tak pernah beribadat,mengaji pun tak reti, tapi ape yang dia buat, semua menjadi..buat bisnes, bisnes maju.duit semakin banyak..pelanggan semakin ramai..kaya dan bertambah kaya..aku????tetap camni dan terus bersyukur..
Tapi kenapa orang seperti itu, tuhan beri rezki yang melimpah ruah sedangkan dia langsung tidak mengigati tuhan dan tak beribadah..bagaimana pula dengan aku yang tak pernah tinggal solat dan berdoa supaya dimurahkan rezeki? adakah tuhan itu tidak adil???
Situasi inilah yang dipanggil "ISTIDRAJ"
ISTIDRAJ adalah kalimah yang sering ditujukan kepada seseorang yang sering dilimpahkan kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah sedangkan dia tidak taat kepada Allah dan sering melakukan maksiat.
Apa pula maksud ISTIDRAJ ?
ISTIDRAJ bermaksud, apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk seseorang manusia itu supaya dia menjadi lebih jauh dari NYA.
Biasanya manusia yang mendapat istidraj ini adalah seseorang yang menjalani kehidupan sehariannya dengan tidak mengamalkan kehidupan islam yang sebenar.Tidak solat, sering melakukan maksiat dan tidak taat dengan perintah Allah.
Anda mesti pernah mendengar kisah Qarun dan harta-hartanya.Qarun adalah contoh sesorang yang langsung tidak beribadat dan taat kepada Allah, tetapi kekayaannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun pada ketika itu. Perniagaannya menjadi, pelaburannya melimpah ruah, kekayaannya semakin banyak. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya tentang harta kekayaannya itu adalah datang dari Allah, maka Qarun dengan angkuhnya menjawab " Tidak..semua ini adalah hasil dari kebijaksanaanku". Dia nyata semakin angkuh dan jauh dari Allah. Saban waktu dia memperlekehkan pengikut-pengikut Nabi Musa yang terdiri dari orang-orang miskin dan papa. Akhirnya Allah memberi kan qarun balasan dengan menenggelamkan dia dan harta-hartanya kedalam perut bumi. Kisah ini terdapat didalam Al Quran.
Pernah anda terfikir jika anda semakin hari semakin kaya.semakin berjaya sedangkan anda tidak pernah solat?? semestinya dalam pemikiran anda menyatakan bahawa anda tidak solat pun anda semakin kaya dan berjaya..Subhanallah..mintak dijauhkan..Anda berjaya tetapi anda semakin jauh denga Allah.
Ingatlah, sekiranya kita tidak berjaya didalam ape jua perkara yang kita lakukan, jangan bersedih..cuba lagi..sentiasa minta pertolongan dengan Allah. Kegagalan adalah ujian keimanan anda yang sengaja diuji oleh Allah untuk mengetahui bertapa kuatnya iman dan kesabaran yang anda miliki. Bersyukurlah keatas segala ujian yang tuhan berikan kerana itu adalah tanda Allah masih lagi dekat dengan kita.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.....Ingatlah, tuhan itu Maha Adil..

Thursday 7 November 2013

Inflasi!!!!!

Inflasi = Nilai wang jatuh = Harga Barang/Perkhidmatan naik

Kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia adalah antara 2.5% hingga 4%. Andaikan kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia sekarang adalah 4%. Mengikut formula inflasi peraturan 72 nilai wang RM 50 pada hari ini akan berkurang kepada separuh (50%) iaitu kepada RM 25 selepas 18 tahun.

Andaikan kadar inflasi 4%.

72/Kadar Inflasi
72/4 = 18

2013: RM 50
2031: RM 25 = RM 50 (2013)

2013: RM 500
2031: RM 250 = RM 500 (2013)

2013: RM 5,000
2031: RM 2,500 = RM 5,000 (2013)

2013: RM 50,000
2031: RM 25,000 = RM 50,000 (2013)

2013: RM 500,000
2031: RM 250,000 = RM 500,000 (2013)

2013: RM 5,000,000
2031: RM 2,500,000 = RM 5,000,000 (2013)

Kesan inflasi ini sangat serius. Berdasarkan nilai wang RM 50 pada tahun 1998 tidak sama dengan nilai RM 50 sekarang. Korang boleh lihat berdasarkan pada tahun 1998 dengan nilai RM 50 kita mampu membeli satu troli penuh barang keperluan. Pada tahun 2005 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli separuh troli sahaja barangan keperluan. Pada tahun 2012 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli lebih kurang suku troli sahaja barangan keperluan. Agak agak anda lagi 10 tahun dengan nilai RM 50 berapa sangatlah barangan keperluan yang kita mampu beli dalam satu troli kan?

Anda sendiri pun dapat rasakan situasi sekarang berapa sangat lah barang keperluan yang mampu kita beli dengan nilai RM 50 hari ini kan berbanding 10 tahun yang lalu? Adakah nilai wang semakin susut? Semakin susut ke nilai wang? Jawapannya inilah kesan inflasi. Contoh lain yang boleh saya kongsi adalah seperti dibawah ini.

1970an: RM 1 kita mampu beli 4 cawan kopi
1980an: RM 1 kita mampu beli 2 cawan kopi
1990an: RM 1 kita mampu beli 1 cawan kopi

RM 1 hari ini berapa cawan kopi yang kita dapat? Fikirkan.

Apakah langkah kita untuk menghadapi INFLASI?

Saya cadangkan anda mula menyimpan dan melabur wang anda dari sekarang ditempat yang mampu melawan kadar inflasi. Sebagai contoh andaikan kadar inflasi semasa adalah 4% setahun sekiranya anda melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 6% setahun maka pulangan yang bakal anda perolehi hanya 1.9231% sahaja bukannya 6%. Hal ini kerana pulangan sebanyak 6% perlu ditolak dengan kadar inflasi 4% dan bakinya 1.9231% adalah pulangan anda. Berbaloi tak pulangan korang hanya 1.9231%?

Andaikan kadar inflasi 4%

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(6% - 4%) / (1 + 4%) = 1.9231% (Baki Pulangan Pelaburan)

Bayangkan jika anda mula menyimpan dan melabur dari sekarang ditempat yang mampu memberi pulangan setahun antara 10% hingga 15%. Sebagai contoh sekiranya kadar inflasi semasa adalah 4% setahun korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10% setahun maka pulangan yang bakal korang perolehi adalah 5.7692%. Untung 4.2308% tu. Sekiranya korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 15% setahun, sekiranya kadar inflasi semasa adalah 4% maka pulangan yang bakal korang perolehi adalah 10.5769%. Berminat hendak menyimpan dan melabur ditempat yang mampu melawan kadar inflasi dengan pulangan setahun antara 10% hingga 15%?

Andaikan anda melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10% hingga 15%.

Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(10% - 4%) / (1 + 4%) = 5.7692% (Baki Pulangan Pelaburan)

Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 12%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(12% - 4%) / (1 + 4%) = 7.6923% (Baki Pulangan Pelaburan)

Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 15%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(15% - 4%) / (1 + 4%) = 10.5769% (Baki Pulangan Pelaburan)

P/S: Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi!

dipetik dari blog
Aizuddin Azmi

Saturday 2 November 2013

WheelChair untuk saya bila akan tiba

WC (wheel chair) Letih pun ada sudah sampai waktu,Doktor pernah cakap jangka hayat lepas 4 @5 tahun aku akan sakit-sakit,perubatan untuk OKU ni da macam toke,kos sara perubatan tinggi,Ubat sahajalah untuk kekuatan sementara..Nak  beli mahal kerja pun parking jauh,da 3 tahun drive ulang alik PUTRAJAYA-KELANA JAYA..demi mencari sesuap nasi untuk anak isteri...
Sabar usaha doa tawakal jelah..WC made in USA 5K-6K mana nak amik duit banyak tu..Target da ada WC made in CHINA ni murah sikit dalam 2K je..
design lebih kurang macam ni juga lah..da servey dekat MAYCARE shah alam tu..INSHA ALLAH rezeki ada akan tercapai juga lah..Sabar..


Walker Untuk MUHAMAD SAFIY ARFAN

Arfan dah 6 bulan besar dah anak papa ni,so 1 minggu lepas pergi cari walker baby,beli ikut bajet papa dia lah kan ,papa punya Wheelchair nanti lah beli kan untuk anak papa ni biar cepat skit pandai jalan,sebenarnya niat tu datang tiba-tiba kan tak pikir banyak ajak wife keluar pergi beli kat kedai KASIH IBU dekat Bangi,tapi time tu compare juga dengan MANJAKU,tapi last pergi jelah dekat KASIH IBU..harga ok beli jelah arfan pun suka duduk dalam walker ni..Biar arfan cepat belajar berjalan....Hijau fav color bapak mentua..

Semoga anak papa ni jadi insan yang baik,cerdik,jadi manusia yang berguna...InsyAALLAH.Aminn...
Sebab papa sayang arfan lah papa belikan arfan kete dulu hehehehe..,WC papa tu nanti papa cari lagi duit lain..Arfan lagi penting untuk papa...

Klik