Nuffnang

Friday 25 December 2015

Untuk apa


Assalamualaikum..

2:34 AM 26/12/2015

Terdetik malam ni nak menceritakan.
Semasa kita kecil, kita mesti memasang cita-cita untuk menjaga ayah dan ibu ketika besar nanti. Namun semua itu hanya impian. Hakikatnya tidak semua orang mampu melakukannya. Jika ada pun, adakalanya merungut. Ibu bapa boleh menjaga sepuluh orang anak, anak belum tentu boleh menjaga kedua-dua ibu bapanya.
Kadangkala rasa diri ni macam tiada tanda harga dan tidak berguna.

Kali  kedua aku dapat 1 harapan mengunung,tidak pernah sesekali menidakkan @ menolak tuah.Bukan putus asa
Cuba pahami

Pengertian Qada dan Qadar
Artian dalam bahasa Qada memiki beberapa arti seperti hukum, ketetapan, perintah, kehendak, pemberitahuan dan penciptaan.
Menurut istilah, qada adalah ketentuan dan ketetapan Allah SWT dari sejak zaman azali atas segala sesuatu yang berkaitan dengan iradah atau kehendak-Nya, baik itu kebaikan dan keburukan, hidup dan mati, dan lain sebagainya.

Pengertian Iman Kepada Qada dan Qadar
Beriman kepada Qada dan Qadar adalah menyakini dengan sepenuh hati bahwa adanya ketentuan Allah SWT yang berlaku bagi semua makhluk hidup yang ada dimuka bumi ini. Semua itu menjadi bukti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Segala sesuatu yang ada terjadi di dunia ini telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita sebagai makhluk nya harus menyakini dengan sepenuh hati bahwa semua ini adalah bukti tanda kebesaran Allah SWT.


Sering berjutakali mememikirkannya bila aku akan pulih.Kita berusaha pasti ada hasil.Syukur ada isteri yang kuat untuk susah senangku.Walau kadangkala aku macam arfan je minta macam-macam bila tak dapat mula lah masam muka.
Bila isteriku nak bercerita ada tabit ke tibet aku tahu nak sembutkan.Isteriku maklum ada yang pandai urut untuk kaki patah,aku ni jenis sudah tidak mahu dengar pasal tukang urut ni.Setiap kali pergi balik kerja tak keruan memikirkan semula apa yang isteriku cerita sebelum ni.

Malam tadi keluar makan kedai ,masa sampai kedai parking kereta dan masa nak ke kedai abg arfan buat hal pula nak naik stroller pujuk punya pujuk suruh pakai selipar arfan minta dukung cemburu mungkin adik nya (Nurul Alma Shaamena)nama nya,mama dia pakai baby carrier dukung mama dia malas nak bawak stroller.

Abang arfan suruh aku tanggalkan tongkat,pelik juga mula-mula tu,rupanya nak papa die dukung dia ,aku pun dukung jela pilu sedih hati ni,abg minta dukung bawa ke kedai,lama juga arfan peluk aku ... pujuk punya pujuk mujur nak jalan juga tapi syarat mama die pimpin..Yela paham jela bukan semua tempat sesuai untuk aku ni kadang kesian ke isteri die je kena jaga 2 bintang hati ni..

Alhamdulillah sejak ada anak ni baru aku paham erti seorang ayah ni,time kecik ayah sebenarnya caring kita juga tapi bila da besar kita lebih sayang emak@ibu kita,kadang kala la ,aku tidak cakap semua orang.Rasa bersalah je pada ayah tak dapat nak bantu masa terdekat ni..Maaf ini cuma cebisan cerita kecik je.

Tuesday 22 December 2015

PETUA tercekik tulang ikan

Petua menghilangkan tulang ikan yang tercekik di leher..

Okey peminat. Ni hari saya mau share satu cara yang paling senang untuk kasi hilang tulang ikan yang tersangkut di leher kamu waktu kamu syok2 makan ikan goreng, ikan rebus, ikan masin dan sebagainya.

Caranya mudah saja. Kamu cuci tangan kamu bersih-bersih. Lepas tu kan, kamu ambil segelas air (air yang sudah di masak ya) lepas tu kamu kasi masuk jari/tangan kamu d dalam gelas tu. Kemudian kamu cuci tangan kamu di dalam gelas tu. Lepas tu kamu minum air tu balik. Percaya lah. Tegukan yang ke-3 tu tulang ikan yang tersangkut di leher kamu tu pasti akan hilang.

Percaya lah cara ini sangat berkesan, nda payah kamu telan nasi sebesar penumbuk, minum air segelen, korek leher pakai jari semata2 mau kasi keluar tu tulang ikan. Kamu ikut saja cara yang saya ajar ni, kompom Berjaya. Walaupun kamu rasa agak kotor sebab minum balik tu air bekas kamu cuci tangan. Sebab itu lah saya suruh kamu cuci tangan bersih2 dulu sebelum buat. Hehehe

Petua ni kawan saya yang ajar. Mula2 saya ingat dia tipu dan kedengaran agak mengarut. Tapi sekali saya cuba. Wow tersenyum lebar terus saya sebab tu tulang ikan yang tajam lagi jahanam hilang. Macam magic lah pula saya rasa.

Jadi jangan la takut untuk makan ikan yang banyak tulang ya. Makan dengan tulang2nya sekali pun tidak apa sebab kamu tau sudahkan cara mau kasi hilang tu tulang...hehehe btw ni adalah cerita benar,bukan rekaan semata2 ya. Cuba lah kalo tidak percaya..XD


Saturday 4 July 2015

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM




30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share !!! Sebarkan...

Wednesday 10 June 2015

Dayaku


Lama sudah tinggalkan blog ni...hehe.

Alhamdulillah.Isteriku sedang sarat mengandung anak kedua 5bulan da ,moga dipermudahkan untuk segalanya.
Kadangkala aku rasa tak berdaya dikala timpa ujian kecil.Isteriku selalu tegur aku walaupun berbuih nasihat pada aku ini.Terima kasih atas teguran tu.

Aku sebagai abang sulong dari 11 orang adik beradik tidak pernah pun rasa aku sahaja yang betul,biasa dikala manusia tidak lari dari kesilapan.
Sering kali aku nak bantu adik-adik aku ni maju ke depan,walaupun sering di salah erti.
Tak pernah sama sekali rasa bila tiada pencapaian yang tinggi dari segi pelajaran tak bermakna tiada harapan atau masa depan untuk hidup,kerana rezeki tu luas,usaha tawakal inshAllah berjaya.

Harini terdetik memikir bila isteri sarat mengandung jauh dari sudut hati mampu ke aku ni.
Bila kawan sibuk kata tak melepak dengan kawan-kawan sebab takut isteri.

Bagi aku sebagai suami dan abang pernah tengok emak mengandung 11 0rang adik-adik,paham situasi,mula-mula memang gurauan je.secara automatik tadi aku jawab walaupun aku ni tak mampu angkat sebagainya cukup daya ku ni berada dekat sisi isteri aku.

Kadang-kala bila terima duka ni akan dapat berita baik.syukur permohonan wheelchair aku berjaya dan dalam proses pembekal akan call aku semula.

HATI YANG LUKA

Tiada lagi cahaya yang menyinari serelung hati ini,
Segala-galanya telah redup, sirna, dan seakan terpadam dalam sebuah kekosongan
Kuntum-kuntum senyum yang menemani aku telah pergi ,
Bersama gugusan hari yang kian malap, dan menjemput mati.

Titisan air mata ini, mejadi percikan yang semakin memecah kelopak jiwa
Semuanya menjadi satu dan membanjiri kolam sanubari
yang membelah belukar kesedihanku.

Detik ini,
Aku masih terluka, masih derita, oleh dia yang menghadiahkan aku sebuah luka
Membuatkan aku terdiam hilang bicara,
Membuatkan aku kaku terkesima, hilang kata-kata
Biarpun aku mengenang keindahan yang pergi bersama langit kirmizi

Kedukaan dan kehampaan menerobos ke dalam jiwa,
Bertamu, dan bermukim duka lara
Di sudut hati yang tak bernombor,
Menggenggam urat-urat cinta yang terluka sekian lama,
Luka itu, meratah daging kehidupan
Menemani ku ialah lara, dalam dunia tak bernama dan
Melumpuhkan sel-sel jiwa seantero hati ini.

Segala-gala bahasa cinta tidak lagi bermakna,
Segala-gala puisi rindu tidak lagi bererti,
Segala-gala gedung kasih telah berterbangan menjadi
puing-puing yang dibawa pawana tanpa irama dan lagu

Biarkan aku tenggelam
Dalam lantera malam yang sepi dan sunyi
Aku seperti pungguk , tidak jemu menatap wajah bulan,
Mengetuk pintu malam.
Aku seperti ombak , tidak jemu memuja pantai
Menanti tebing kasih terbuka , menyambut tangan sebuah hati yang terluka.

Kutitipkan warkah tanpa suara,
Terima kasih ,
Kerana menghadiahkan aku sebuah luka
Menjadi makam sekeping hati,
Pada sebuah jiwa.

Monday 11 May 2015

WheelChair IDAMAN

Pasal Wheelchair ,

Harini kebetulan cuti dengan isteri sekali cuti,alang-alang cuti hajat nak selesaikan pasal mohon wheelchair,ada 1 company ni kawan atas kawan offer die ada kedai di cyber jaya.Memang wheelchair yang aku nak tu .Brand Quickie tapi harga bawah 10k tiada dalam senarai,"semua harga anggaran 12-14k"wkakakaka..aneh-aneh.
Sementara tu tentukan yang mana??Aku pun decide pergi lah dekat maycare shah alam,yang lucu nya aku dengan tak call HQ aku main pergi je berdasarkan Alamat Letterhead di kota kemuning pusing bagai nak rak,terdetik nak call.Lepas da call aku tanya HQ ni office je ke atau ada barang sekali..sekali die jawab ini office aje..hahaha...benak kejap..mujur lah dekat je kedai yang kat shah alam tu.sempat sampai kedai tu bila sampai terus je pilih quickie model apa lupa murah sikit dalam 5K,staf situ suruh aku test bila aku da duduk die cakap tayar takde angin,da tu nak suruh aku pum"dalam hati.ape saje la"aku cakap takpela aku nak sebut harga,dengan konfiden je staff tu amik detail bagai,bila kau cakap nak harini,boleh pula cakap printer rosak..ALAHAI...aneh-aneh..
dia cakap akan hubungi aku semula selepas da siap print.
Hati da sakit juga macam-macam hal.kang aku loan juga..itu pun kalau boleh..
Walau sakit hati dan patah hati mujur lah Arfan dan mama die teman juga papa die ni.Hihihihi...

ni yang aku dok guna dekat rumah selalu.ni pic google kalalu ikutkan da usang..hehehe..
Moga dipermudahkan.Usaha selagi boleh..

Tuesday 7 April 2015

Sihat sebelum sakit.


Sihat sebelum sakit.


Bila kata aku nak mohon wheelchair orang yang tak pernah nak amik tahu,"eh kenapa nak pakai wheelchair pula"ini pertanyaaan biasa da dengar "kenapa da elok-elok pakai tongkat nak pakai wheelchair ?"

Aku jelaskan aku ni dekat tempat kerja je pakai tongkat ,tetapi dekat rumah pakai transit chair untuk pergerakan seharian,kawan yang pernah datang je pernah tahu.

Harini baru lah orang datang nak amik tahu,aku jelaskan je.Kita ni bukan minta jadi macam ni terima qada dan qadar dari percakapan atau kata-kata ni sesiapa jela mudah berkata tetapi yang melalui ini lebih mengerti.

hehehe..poyo ayat..ada la leader tempat kerja aku bertanya nampak tongkat baru,kebetulan aku baru tukar tongkat baru sebab patah,aku bagitahu detail harga ,terkejut bila tahu harga.Yela kos perubatan dan alat bantuan kalau socso cover takpe.
takpela asalkan dia nak tahu je.

Mungkin tu untuk info die jela ,jangan pikir kita ni hanya senang je.Gelak ketawa hanya pengubat hati je.Sekarang dalam proses nak mohon BANTUAN BAITULMAL moga dipermudahkan..Amin...

Harapan je moga dapatlah Wheelchair Lightweight ,kalau tak dengan siapa lagi nak minta.

Saya ni sebenar nya kena guna tongkat empat dan wheelchair sahaja.
takpelah jika masih tak tahu tu kalau bertanya ok la.
Sekarang da kerap kaki sakit yang ada besi ,sebelum nak hujan mendung tu akan menari lah kaki ni...Minta tolong arfan urut..comel je tangan kecik.

Tuesday 3 March 2015

Viral Croup – Simptom, Cara Merawat & Cara Mencegah

Apakah itu Viral Croup?
Viral croup jangkitan atau keradangan pada saluran pernafasan atas hingga menyebabkan pembengkakan pada kerongkong. Pembengkakan kerongkong ini akan mengganggu pernafasan anak anda sehingga menyebabkan suaranya parau dan batuk yang berbunyi seperti salakan anjing (barking cough). Simptom ini akan lebih teruk lagi di malam hari dan apabila anak anda menangis. Suaranya akan kedengaran seperti tersekat sekat. Selalunya pesakit akan dirawat dengan menggunakan steroid dan, epinephrine (adrenalin) akan digunakan jika anak anda berada pada tahap kesakitan yang serius.
Nampak tak pembengkakan saluran pernafasan dalam gambar ni? Bengkak yang serius boleh menutup terus laluan udara/oksigen.Sumber gambar : http://www.childrensdayton.org
Tanda/Simptom
1)Batuk yang kedengaran seperti bunyi anjing
2)Demam panas melebihi 38.5 darjah celcius
3)Mata kelihatan layu dan tidak bermaya
4)Anak nampak kurang aktif
5)Bibir kering dan pucat/ nampak kebiruan
Punca & Penyebab
Kebanyakkan croup berpunca daripada jangkitan virus parainfluenza type 1 dan 2.  dan hanya kira-kira 25% kes berpunca dari bakteria. Masa Luqman kena croup ni doktor ada tanya duduk kawasan mana dan ada sebarang proses pembangunan ataupun ubah suai rumah. Saya cakap, YA. Doktor cakap debu dari simen juga mungkin menyebabkan berlakunya croup ini.
Tahap Penilaian Viral Croup
Tahap penilaian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ringan, sederhana dan berat. Dulu Luqman dikategorikan dalam bahagian berat(severe).
Ringan – Croup yang ringan hanya menunjukkan tanda demam dan batuk yang berbunyi seperti anjing.
Sederhana- Demam, batuk seperti anjing, dada masuk ke dalam setiap kali bernafas. Pesakit masih boleh bercakap.
Berat- Batuk sudah tidak kedengaran, pesakit hampir tidak sedarkan diri, bibir bertukar kebiruan, demam yang tinggi, suara tidak kedengaran (dah tak mampu cakap). Croup berat hanya dialami pada 1% kanak-kanak yang mengalaminya, dan Luqman salah seorang.
Cara Merawat
Anda sebagai ibu bapa kena pastikan anak anda berada dalam keadaan yang sangat selesa, berusaha agar dia tidak menangis dan tenangkan anak semasa dia mengalami kesukaran bernafas semasa doktor sedang merawatnya. Kanak-kanak ini akan diberi rawatan dengan menggunakan steroid dan adrenalin. Mereka juga akan diberi bantuan pernafasan iaitu oksigen jika paras oksigen didalam darah kurang dari 92%.
1)Jangan biar anak anda tidur bersendirian walaupun batuk croup dia tidak serius kerana croup boleh menjadi serius pada bila-bila masa sahaja tanpa anda sedari.
2)Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera jika anak anda yang diserang Viral Croup turur menunjukkan tanda tanda kesukaran bernafas, kencing yang sedikit, enggan makan atau minum, dan bibir yang kebiruan.
3)Pastikan anak anda minum banyak air. Dia tak nak makan tak apa. Jangan paksa. Cuma pastikan air diberi dengan cukup. Beri anak minum air glukos atau air kelapa muda yang boleh memberi tenaga dan kesegaran kepadanya. Namun pada croup peringkat teruk sehingga susah untuk minum, mungkin doktor akan pasang drip untuk masukkan air.
Cara Pencegahan
Kebanyakkan viral croup boleh dicegah sekiranya anak anda mengambil vaksin Influenza dan Diphteria. Luqman tak pernah ambil vaksin ni. Mungkin bagi sesiapa yang anaknya dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun boleh ambil vaksin ni sebab Viral croup amat kerap terjadi pada kanak-kanak usia begini. Namun, bagi sesiapa yang anti vaksin, saya harap anda tidak menghantar komen yang menghentam saya dan ibu bapa lain yang memilih untuk memberi vaksin kepada anak mereka, DAN ibu bapa yang vaksin anak pula tolong jangan hentam ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka kerana semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak masing-masing. Terpulang kepada cara masing-masing mencari, mengumpul dan mentafsir maklumat.
Sekian, Terima Kasih.

Sumber kisah dari https://mamamunie.wordpress.com

Monday 23 February 2015

Hati Suami


Rintihan Suami Yang Tak Terucap (Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah)


Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan
1. Tidak kisah dan pendiam
o Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
o Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan

2. Tidak boleh dipercayai
o Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami
o Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami
o Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami

3. Lelaki ego
o Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki
o Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas
o Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki

4. Lelaki miang
o Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki

5. Lelaki lemah
o Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
o Pada hakikatnya manusia memang lemah



Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri
1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
o Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
o Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
o Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
o Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.

10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.

11. Rintihan suami tentang sex :
o Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
o Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
o Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.

13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”

14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.

15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.

16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…

17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.

19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.

20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.

21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.

22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.

23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.

24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.

25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.

26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.

27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.

28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.

29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.

30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.

31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.

32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.

33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.




Untuk MU

"Ya Allah...Jika aku jatuh cinta...
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU"



LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...
yang membuatkan saya secara manualitik menangis..

Isteri yang terbaik.

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan keji mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)


Monday 16 February 2015

KASIHNYA IBU




Jasa

Kisah ni masa kemalangan 2009,tempat kejadian susur masuk tanjung malim Highway Utara selatan,tapi dihantar ke HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN,tapi aku tak nak lah cerita kejadian waktu kemalangan tu,(kisah itu akan ku ceritakan nanti)hehehe.macam lah ada siapa nak heran...

Si M ni (buah hati).27/3/2009 saya baru balik teman si M urus kan pembelian kereta VIVA balik dari itu kemalangan terjadi,tetapi point die selepas aku sampai hospital si M ni datang lah dengan kawan2 baik die,tapi aku tak ingat sangat macam mana???itu nanti akan menyusul kisah tu.



Kisahnya pasal emak kerja buruh je,gaji pun bukan banyak dalam rm600.00++ tolak itu ini ada lah sikit untuk makan satu keluarga,emak da jadi ibu tunggal nak bagi makan ramai,disebabkan ayah tegur pada emak,minta datang ziarah aku jaga 2 3 hari,memang emak dengan sakit kakinya teman juga aku di sisi ketika sakit,walau sedang jaga aku emak masih pikir adik-adik di rumah,jauh dari lubuk hati ni memang kesian tak mampu ketika tu,terasa hati emak nak balik awal tapi di sebalik tu ada yang tersirat.




Emak tetap nak jaga hati sy,tetap teman 3 hari tak silap...maaf da mula da otak ni mudah lupa,kejadian lucu nya pindah katil,1 minggu memang tak makan banyak tapi da tahan 1 minggu tak boleh buang air besar & kecil,mula2 tempat katil luas sikit ,selepas tukar katil ada lah sebelah orang ni buang air besar,memang meletop r hidung aku,7 lapis kain aku tutup hidung ni tetapi haruman tu menusuk kalbu sungguh, jeles pula aku,kebetulan malam tu pula tiba asa aku pula nak buang air besar,memang seksa kesian kat emak aku terpaksa angkat sedangkan,aku memang tak boleh buang air besar.


Macam2 strategi aku pikir nak turun katil 1 hal nak buang air besar 1 hal,nak turun ber jam2 ,lepas da dapat turun memang sakit giler kaki,dan nak pitam, da dapat turun aku masih juga tak boleh melepas hajat,terpaksa naik balik,dammmmmmmmmmmm...

waktu ni kesian kat emak kena marah sebab turun kan aku,yang lawak yang nak angkat kena 3 4 orang ,emak aku sorang tak mampu nak angkat sebab time tu aku badan besar,memang meraung jelah aku masa nurse lelaki 2 3 orang cuba angkat aku..



Kesian emak kena marah ,tapi nurse tu tak lah tengking ke apa.hajat malam tu memang tak jadila.ikutkan panjang cete ni...tak terkiranya KASIH emak kepadaku....Emak tidak sesekali lukakan hati anaknya sendiri. .Selepas aku teman isteri aku lahirkan MUHAMAD SAFIY ARFAN..Aku paham erti seorang IBU@EMAK..Semalam aku sampaikan berita gembira Arfan nak jadi arfan.Mungkin emak berlinang air mata SEBAB orang pernah pikir bila aku da CACAT ni sukar nak ada cahaya mata..Kuasa ALLAH swt...


Sayang EMAK..love u...

Syukur masih ada lagi emak...



Saturday 24 January 2015

15 TIPs SIMPAN DUIT AGAR BOLEH BELI RUMAH

BELILAH RUMAH SEBELUM 30 TAHUN
Cabaran beli kediaman sebelum usia 30-an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha dengan langkah-langkah ini :
  1. Buat satu Tabung Rumah Impian
  2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang
  3. Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250
  4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB
  5. Setahun kita telah ada RM6000 simpanan
  6. Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja
  7. Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000
  8. Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru (jangan jadi dungu)
  9. Sasaran kita rumah yang harga RM150 000
  10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa
  11. Bayaran DEPOSIT sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya
  12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada. Amacam? Ada berani?
  13. Oh lupa, semak rumah subsale di mudah.my
  14. Jangan beli rumah dari pemaju, tengok harga dah bebulu
  15. Jika berilmu DEPOSIT itu boleh dapat rendah dari jumlah itu
Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu. Wallahu A’llam

Thursday 22 January 2015

TARGET 2015



Kisah nya sejak aku jadi hilang upaya kekal ni,ni sangat memerlukan tapi masih lagi tak mampu nak beli yelah harga RM15K bukan RM15.00 huhuhuhu..

Ingat ke emak aku punya lah sungguh dulu  pergi hantar qoutation harga WC (wheelchair) kat ADUN ni kena tolak sana sini kejap pegawai tu kata boleh beli sendiri,lepas tu ada pula staff yang baik pula cakap jangan beli guna duit sendiri nanti tak boleh claim...
Tadi pegawai tu membohong jelah,kesian emak aku ke hulur hilir,lepas da kecewa dengan maklumbalas dieorang sanggup pergi dari pekan ke bandar pergi pejabat KWSP semata-mata nak keluar kan duit untuk beli WC tapi tak boleh..
Memang sebak kejap,aku jela tahu macam mana jauhnya emak aku pergi.......Sanggup demi aku bukan ber kereta ke apa....Ni laa Hati seorang Emak ,bila anak dia da cacat ni,tapi dalam hati dia ,tak pernah cakap aku cacat,walau pernah jadi isu dulu,orang kutuk anak sulong die da cacat.tak pelah itu kisah lain..

Sekarang aku da jumpa yang murah sikit dalam RM1600 lebih kurang sama patern brand Quickie made in usa.tapi apa kan daya da 2 tahun tunggu masih takde duit lebih atau duit terpijak,guna jelah tongkat dua ni,bukan apa orang macam marah bila aku nak pakai WC,sedang kan dulu aku dari WC ke tongkat maknanya da sihat.

Sebenarnya banyak sebab keperluan ni,kat rumah aku guna transit chair untuk ke hulur hilir,kat luar aku bertongkat,ni masih muda lagi memang kudrat tu masih ada,tapi jika nak ke Shopping complex,susah aku tak boleh jalan jauh,bukan shopping pelik2 cuma teman isteri je beli barang dapur.

yang kedua nya kalu aku pergi bank ke,mana boleh berdiri lama sesetengah orang je akan beri aku potong Q,itupun yang ada peri kemanusian,yang paling aku sedih BANGSA sendiri,baru-baru ni kan sibuk orang nak amik duit ASB,aku pergi kat maybank bangi terpaksa juga sebab poket wallet da kosong,masa nak amik nombor giliran ada r dekat 3 4 orang tapi sorang pun buat bodoh,takpe aku tahan jelah,bila da amik nombor giliran tu,staff tu kata kaunter ASB tingkat 1,pula da....dugaan aku redah jelah mujur la tak banyak anak tangga,sesampai je kat atas penuh giler...
tempat duduk ada lah 3 4 baris tapi sorang pun tak hirau kat aku.tak kira muda tua semua buat tak nampak,agak terkilan juga tapi aku terus pergi kat kaunter aku cakap nak keluar duit ASB,staff tu kering2 cakap kena tunggu,kebetulan aku nak keluar kan bagi nombor giliran tu,so staff tu ternampak tongkat aku,mmungkin staff tu tak nampak aku bertongkat sebab tinggi kaunter tu,lepas tu staff tu cakap kena tunggu juga tapi Alhamdulillah 2 orang je kena tunggu tu pun BOS besar die yang pergi kat aku cakap,kalau ikutkan nombor giliran maybe 2-4 jam gak kena tunggu.lepas tu aku rasa tak tahan turun kejap pergi kat kereta,bayangkan kenapa aku buat gitu ,isteri aku pun tanya kenapa turun,die ingat da sudah..Aku cakap penat nak berdiri je ,aku duduk kejap dalam kereta 5 6 minit aku pun naik tu pun orang masih lagi buat tak nampak aku selamber je bersandar tepi dinding sambil berdiri kejap lepas tu staff tu panggil aku,muka orang-orang yang duduk tu macam bengang dengan aku.tak apa lah  selagi sihat buat2 la mata tu buta tak nampak OKU bertongkat ni.
InsyALLAH lepas ni ada rezeki boleh aku tolong bawak barang ke anak aku ke boleh lah arfan tak berdukung.kesian kat isteri arfan,ada stroller kekadang.

Pesan EMAK

Pesan EMAK


Aku ni anak sulong dalam 10 orang adik beradik,di ajar dari kecik,jangan merasa bangga riak dengan apa yang kita ada,dan jangan terasa hina dengan apa yang kita ada..
walaupun keluarga yang sederhana,yelah adik beradik ramai.
kalu beli baju sekolah yang warna puith tu selagi tak koyak dan muat aku akan pakai jelah, seluar beg lah paling tahan aku pakai dari form 1 - form 5 relak je..kiki.kena beralah.sekolah rendah pun jarang tiap tahun bertukar baru.
Yang paling lucu pernah aku korban baju melayu untuk adik perempuan aku buang kocek bagi die pakai,nampak macam baju kurung.
Susah sangat dulu ayah aku kerja kedai makan atuk,emak aku pula kerja buruh kat ladang.

Emak selalu pesan jangan merendah diri sangat,ingat "jika orang ejek kita miskin ada lagi oramg yang miskin tak dapat pergi ke sekolah"Allah kan ada jangn risau,orang ejek ke apa biar kan,sebab aku selalu yang paling last sekali bayar yuran sekolah,tapi ada lagi sorang kawan aku ni pun sama,nama helry.dari darjah 1 sampai darjah 6 sama je muka aku berdua selalu yang paling lewat bayar.
Paling pahit cikgu ni tampar aku sampai berdarah bibir ni sebab buku aku comot ,tak silap buku kajian tempatan,die besar sikit dari buku biasa tu.tapi tak pernah pun keluar surat khabar kan,macam kes zaman sekarang Sekolah rendah KEBANGSAAN LABIS,kan ada keluar Akhbar SINAR,cikgu pun pegi tampor anak seorang wartawan buat apa,aku ni dulu anak seorang Chef @ tukang masak je.Alhamdulillah bapa aku cuma bagitahu sabar je benda biasa.Emak pun amik ubat sapu bagitahu lain kali cakap kalu buku da tak boleh guna boleh beli baru,aku ni jenis tak suka minta-minta paham keadaaan keluarga

Sampai lah aku da jadi seorang Ayah juga,selagi boleh pakai aku pakai je.


Friday 16 January 2015

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday


Kalo nk join klik banner okey!

Okey, ni ucapan kepada empunya giveaway

Selamat hari lahir yang ke ??? .. Semoga terus sihat, dikurniakan rezeki yang banyak dan gembira selalu di samping insan2 yg tersayang :-)

#1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA



Segmen "Jom Masuk Ke Bloglist Shahril !


1st Mini CASH Giveaway 2015: www.bubblynotes.com


Saya ni budak baru belaja...Masih baru dalam bidang blogging ni..Ni pon pestime masuk kat blog Bubblynotes..Bagi saya blog puan, ringkas, padat dan ada info2 yg berguna untuk ibu bapa dalam membei/ menjaga anak dengan baik.. Loading blog pon ringan..Tahniah :-)

Segmen: Pencarian New Bloglist Cikgu Farha Jan-Feb


Assalamualaikum...

http://www.cikgufarha.com/2015/01/segmen-pencarian-new-bloglist-cikgu.html
Klik banner untuk join :)

Memandangkan semua bloglist CF dah lenyap gara-gara tukar domain tempoh hari, maka CF berhasarat nak cari new bloglist nak tempek semula kat dinding blog CF ni. Insya Allah semua yang sertai CF akan aturkan masuk bloglist CF bagi memudahkan CF bw untuk masa akan datang.

CF akan pilih secara random menggunakan Random.com ye. Jom ramai2 sertai. Takde syarat. Yang penting wajib ada blog hehe. Ikuti langkah kat bawah ni ye :)

Segmen akan tamat pada 20 Jan 2015

Jom join jom!!


Giveaway 2015 - Pencarian 5 Blogger Bertuah



Second Giveaway By Two Seven Zero Six Zero Nine




First and Simple Giveaway Oleh Cik Iman


Saya blogger baru so x rmi kwn lagi..hehe.. xreti nak tag..diterima x?

Mini GA by Ema Hasan


Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Klik