Nuffnang

Monday 30 December 2013

-- Maafkan Amna, Abang.. --

-- Maafkan Amna, Abang.. --

"Abang, solatlah dulu. Dah nak habis waktu dah ni! "

Tegur Amna kepada suaminya yang leka mengadap PC. Tersentak dengan nada suara istrinya yang sedikit tinggi, Irham terus ke bilik air. Mandi. Berwudhu. Solat. Subuh gajah. Melayari fb membuatkan Irham leka utk menunaikan kewajipannya biarpun dia sudah terjaga seawal jam 5.30 pagi. Nak dikatakan dia tidak mempunyai ilmu agama, setahu Amna suaminya adalah graduan lepasan universiti berteraskan Islam. Andai dibandingkan ilmu dan pengetahuannya tentang Islam, Amna sedar suaminya jauh lebih arif dari dirinya. Cuma, pada pagi itu, jarum kelalaian syaitan begitu panjang dan tajam untuk menembusi benteng keimanan Irham. Pandainya engkau wahai syaitan. Begitu berpegangnya engkau pada janji2mu di hadapan Allah " Akanku hasut anak-anak Adam itu biar mereka kan bersamaku di neraka nanti" .. Suamiku hampir tewas.

Cuma, apa yang menggusarkan Amna ialah cara dia menegur suaminya tadi. Nada suaranya sedikit tinggi. Mungkin terlalu geram dengan keasyikkan suaminya dan terlalu menyayanginya daripada terus hanyut bersama godaan syaitan durjana. Biar pun tindakannya betul, namun dia tahu, meninggikan suara kepada suami merupakan kesalahan yang tidak sepatutnya dia lakukan. Jika terguris hati nahkodanya, pasti redha Allah tidak diraihnya. Redha Allah untuk Isteri dari redha insan bernama suami. Sesungguhnya, kesilapan ini membuatkan Amna tidak tenang.

"Abg, jom makan. Amna dah siapkan sarapan untuk Abang " pujuk Amna lembut setelah menyedari kelainan pada sikap suaminya.

Diam. Tiada sahutan. Sepinya Irham tanpa suara menguatkan lagi telahan Amna bahawa hati suaminya telah dilukai. Dia tidak berputus asa. Dijemputnya lagi suami tercinta. Buat kali kedua. Nada suaranya lebih lembut tetapi tampak gusar. Namun, semuanya hampa. Reaksi yang sama diterima. Seoalah-olah, ajakannya itu seumpama angin berlalu.. Layan tak dilayan tak merugikan diri individu disapa. Dirimu sejuk nyaman namun diriku penat meniup belaian.

Irham tidak menghiraukan Amna. Sebaliknya dia lebih mengutamakan si manja yg baru bangun merangkak mendapatkan papanya. Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, biar pun baru berusia hingusan jagung, Amna amat memahami sikap suaminya. Jika dia tidak berpuas hati, dia tidak akan bersuara. Dia lebih rela untuk berdiam diri daripada menyuarakan isi hatinya. Akan tetapi, bagi Amna pula, seeloknya diluahkan sahaja apa yang terbuku di hati. Bawa berbincang.. InsyaAllah, pasti ada jalan yang akan ditemui. Pasti terurai ikatan permasalahan.

2 biji telur rebus separuh masak dan air milo panas beransur suam. Jam di dinding pula tidak henti berdetik menghampiri angka 7.30 pagi. Irham sudah siap untuk bergerak menuju ke tempat kerjanya. Hari ini, dia tidak akan menyentuh hidangan pagi yang telah disediakan oleh si dia yang telah membuatkan hati lelakinya terasa. Dia berazam. Pengajaran harus diberikan. Sebagai peringatan di masa akan datang.

Amna yang sedar akan kesilapannya, berulang kali melafazkan perkataan maaf. Biarpun tiada reaksi positif, namun dia mengharapkan sekelumit makna perkataan maaf itu tercalit di hati suaminya agar dia tenang. Tenang melakukan kerja rumah seharian. Dan yang lebih penting lagi tenang dari memikirkan suaminya selamat, fokus ketika menunggang merentas jalan. Amna bimbang, seandainya sekarang dia tidak sempat memohon keampunan, tiada lagi peluang dan ruang kesempatan andai ditakdirkan ini adalah pertemuan terakhirnya bersama Irham.

‘’Abang.. Maafkan Amna. Amna tahu, Amna tidak patut meninggikan suara pada Abang tadi.. Abang..’’

Suara Amna sedikit bergetar. Tanda hatinya sayu memikirkan kesalahan, syahdu mengenangkan kekerasan Irham. Irham langsung tidak memandang wajahnya yang semakin lama semakin hilang serinya, diruntun kesedihan memikirkan besarnya ‘kesilapan’ yang dia lakukan. Biarpun pada hakikatnya, dia menegur akan perkara yang haq lagi benar. Sabar Amna.. Sabar. Sesungguhnya sabar itu indah. Pujuknya sendirian.

Enjin motosikal dihidupkan. Jaket dipakai. Sarung tangan dikemaskan dan tali kasut diketatkan. Amna sedari tadi memerhatikan tingkah laku suaminya semakin bungkam. Sambil membimbit beg galas suaminya, bermain-main dibenaknya, adakah hari ini bakal dilaluinya bersama mendung di hati tidak seperti hari sebelumnya.. Entahlah.. Jawapan itu hanya ada pada Irham kerana dialah tuan kepada pemberian maaf.

Irham telah pun siap. Si kecik diangkat menuju ke pintu pagar. Dibuka kuncinya. Setapak demi setapak Irham menuju kembali ke pintu rumahnya, tempat di mana Amna setia menanti. Amna yang dari tadi masih mengharapkan ungkapan azimat ‘’ Abang maafkan Amna’’ keluar dari mulut Irham, seolah sudah pudar semangatnya. Mungkin dia tidak akan dapat mendengar anganannya menjadi kenyataan. Dia pasrah. Longgokkan mutiara-mutiara jernih yang masih bertakung di kelopak matanya hanya menunggu masa untuk tumpah, mengalir deras, panas lalu jatuh ke tanah.

Irham menyerahkan anak kecil itu kepada mamanya. Tanpa memandang wajah suci isterinya itu, dia mendekatkan bibirnya ke telinga isteri tersayang. Satu persatu perkataan disusun agar hati kekasihnya yang telah remuk layu kembali berbunga, mekar dan manis dipenuhi madu.

‘’Amna.. Terima kasih kerana telah menegur Abang tadi. Abang minta maaf. Abang sayangkan Amna.. ‘’

Tergamam Amna dalam senyuman. Pada masa itu juga dia merasakan pipinya basah dan hangat. Bukan kerana air matanya tetapi kesan dari kucupan mesra suami tercinta.

“Terima kasih Abang, Terima kasih Allah” hatinya bersuara dalam bahagia.

*Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh seorang Isteri solehah kepada kami di SIBRTS. Semoga dengan apa yang diceritakan, dapatlah kita mengambil pengajaran untuk dijadikan teladan. Baik bagi pihak isteri dan juga suami.

*Tahniah Puan dan Suami. Semoga kalian berdua kan lebih matang dalam menempuh hidup sebagai suami isteri bahagia. Cayalah.. (^_*)

MENJAGA RAHSIA RUMAH TANGGA

MENJAGA RAHSIA RUMAH TANGGA
(Artikel Panjang Sarat dengan Nilai Ilmu Rumahtangga)

Rumah tangga perlu dibina berasaskan kepada nilai-nilai murni yang cukup sempurna kerana rumahtangga yang sempurna dan bahagia akan mampu menjamin lahirnya suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak yang berkualiti. Untuk itu seharusnya suami isteri membuat persediaan secukupnya berkenaan ilmu rumahtangga untuk diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga. Betapa tidak, rata-rata ibu bapa tidak begitu serius dalam mengendalikan urusan rumah tangga mereka. Cukuplah sekadar menyediakan makan pakai serta menguruskan persekolahan anak-anak tanpa mementingkan unsur kasih sayang dan merapatkan hubungan antara kesemua ahli keluarga. Kesannya berlakulah kes perceraian yang bukan sahaja melibatkan golongan muda bahkan yang sudah tua. Malah yang lebih menyedihkan, kerosakan rumah tangga ini menyebabkan pelbagai isu serius timbul seperti penderaan terhadap isteri, anak, sumbang mahram dan seumpamanya.

Mengawal Sikap

Kebijaksanaan suami isteri dalam mengendalikan rumah tangga adalah aspek yang paling penting dalam menjaga kerukunan sebuah keluarga kerana di antara unsur yang boleh mengganggu hubungan kasih sayang ialah kegagalan pihak suami atau isteri dalam menjaga rahsia rumahtangga di mana banyak sekali rumah tangga yang kucar-kacir disebabkan suami atau isteri yang bersikap suka menjaja dan menyebarkan rahsia pasangannya kepada orang lain.

Hakikat Rahsia

Hakikat rahsia rumahtangga yang dimaksudkan sebenarnya adalah terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu diketahui kedudukannya seperti:

1. Rahsia khusus:

Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan. Iamam al-Ghazali ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatu al-Qulub tentang beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada orang-orang mukmin supaya menjaga dan di mana antara amanah itu ialah “satu perkataan atau ayat” yang diamanahkan supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka wajib menjaga amanah tersebut. Begitu juga sesuatu yang dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.

2. Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan:

Mungkin ada orang yang memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianati dan menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita segala maklumat, latar belakang dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita sebagai pasangannya harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat kepada musuh sesungguhnya akan mengundang bahaya kerana sejarah ada mencatatkan tentang kisah isteri Sam’un al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa suaminya terancam. Oleh itu janganlah terlalu jujur atau memberi segala maklumat sehingga mendedahkan “rahsia” keselamatan pasangan. Seboleh mungkin cubalah mengesan helah orang yang berniat jahat terhadap pasangan melalui tutur kata atau perilaku mereka.

3. Rahsia Harta Benda:

Harta benda dan kewangan pasangan juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah tangga tentulah orang yang paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.” (at-Thabrani)

Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya adalah dikatakan “harta” dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawb suami isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, Islam melarang keras orang yang mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Jika ada orang yang menjengok-jengok rumahmu tanpa izin, lalu engkau melontarkan batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau berdosa.” (Bukhari dan Muslim)

4. Rahsia Bilik Tidur:

Inilah rahsia yang paling utama dan benteng terakhir rahsia rumah tangga di mana rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disembunyikan dan hanya menjadi rahsia antara pasangan kerana adalah haram dan berdosa hukumnya sekiranya salah seorang dari pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain meskipun anak-anak sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu waktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.

5. Rahsia Berhubung Soal Maruah:

Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan seseorang. Firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “Adapun wanita wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34)

Dalam hal ini banyak perkara boleh berlaku sekiranya pasangan gagal menjaga maruah dirinya seperti:
i. Isteri atau suami berlaku curang terhadap pasangannya.
ii. Pasangan mencari hiburan di luar rumah.
iii. Pasangan menduakan suami atau isteri.
iv. Pasangan menceritakan rahsia rumah tangganya kepada orang lain.

6. Rahsia Berhubung Nafkah:

Dalam hal ini suami adalah wajib hukumnya untuk memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai dilabelkan sebagai suami yang bakhil dan kedekut atau pun suami yang terlalu boros dan bermewah-mewah. Pokok pangkalnya seseorang itu wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya. Oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri sendiri, isteri mahu pun anak-anak. Malah elakkan daripada menjadi topik perbualan atau pun umpatan orang lain lantaran kegagalan kita menyimpan rahsia tersebut.

Jika Sudah Terpaksa

Sikap saling memahami dan berlapang dada (sabar) adalah yang paling utama mesti ada di dalam jiwa setiap individu yang menjadi suami atau isteri. Tidak seharusnya mana-mana pihak, suami atau isteri bertindak meluahkan perasaan dan menceritakan rahsia pasangan kepada orang luar sebelum cuba menyelesaikan masalah itu dengan jalan perbincangan melainkan tidak ditemui jalan penyelesaian lain sehingga rahsia rumah tangga terpaksa diluahkan kepada pihak ketiga.

Contohnya sebagaimana peristiwa yang telah berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana seorang wania mengadu kepada baginda bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Pada awalnya, Rasulullah memutuskan bahawa suaminya boleh dikenakan qisas (pukul dibalas pukul), tetapi pada ketika itu juga telah turun wahyu yang membolehkan suami memukul isterinya dalam keadaan tertentu iaitu dengan tujuan mendidik (bukan memukul untuk menyakitkan atau memukul kerana geram). Secara tidak langsung, wanita tadi telah membocorkan rahsia rumah tangganya dengan menceritakan keburukan suaminya kepada pihak ketiga iaitu Rasulullah s.a.w.

Maka dalam kes seumpama ini, tidak menjadi kesalahan bagi isteri (atau suami) untuk membuka rahsia rumah tangganya kerana ia dibuat demi kepentingan atau kebaikan rumah tangga itu sendiri. Iaitu apabila timbul masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan bersama, dan pihak suami atau isteri merasakan bahawa dia sudah tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan penyelesaian perlu diambil dengan melibatkan ‘orang luar’, dengan kata lain, rahsia rumah tangga terpaksa dibuka ke pengetahuan seseorang. Maka beberapa perkara harus diambil kira iaitu:

i) Merujuk Kepada Orang Yang Sesuai

Andainya sudah bulat tekad untuk membawa soal dalaman rumah tangga kepada orang lain, maka haruslah dirujuk kepada orang yang tepat kerana bukan sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah apalagi jikalau ia melibatkan perkara sulit. Maka pastikanlah bahawa orang yang diadu itu adalah orang yang amanah, boleh dipercayai, memiliki sifat adil mudah dipengaruhi emosi, tenang dan berwatak pendamai. Jika tidak, dia mungkin menjadi penghasut dan pengusut masalah. Tidak kira sama ada ia merupakan teman rapat atau pun seorang kaunselor yang berpengalaman, yang penting di boleh membantu dalam memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah dalam membetulkan hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.

ii) Membuka Rahsia yang sesuai

Kita harus ingat bahawa orang yang diadu itu tetap merupakan ‘orang luar’ dalam konteks sesebuah rumah tangga. Oleh itu apa jua rahsia yang mahu diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jangankan disebabkan pengaruh emosi, kita membuka segala rahsia pasangan.

iii) Merujuk kepada Hakam

“Hakam” adalah wakil daripada kedua-dua pihak suami dan isteri di mana pihak lelaki diwakili seorang hakam, begitu juga dengan pihak wanita. Adakalanya mahkamah sendiri yang akan melantik hakam tersebut di mana kedua-dua hakam ini berfungsi sebagai pendamai untuk membantu menyelesaikan kes yang dihadapi. Hal ini disebutkan melalui firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35)

Kedua-dua hakam ini akan melakukan ‘soal selidik’ ke atas suami atau isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan kedudukan masalah. Di sinilah pentingnya peranan hakam yang dipilih itu yang mesti memiliki sifat sebagai orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil, boleh menyimpan rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dalam hal ini, suami mahupun isteri harus memberi kepercayaan kepada hakam di mana sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka terpaksa diluahkan. Kemudian kedua-dua hakam ini akan bertemu untuk mencari penyelesaian. Andainya didapati tidak ada lagi titik temu antara kedua-dua suami isteri, kedua-dua hakam harus sepakat untuk membuat keputusan memisahkan mereka dengan cara baik di mana ia perlu dirujuk kepada mahkamah.

iv) Merujuk kepada mahkamah

Ini merupakan peringkat terakhir di mana jalan penyelesaian melalui perbincangan dan melalui kaunselor atau orang tengah “hakam” tidak lagi membuka sebarang harapan untuk perdamaian. Di sini mahkamah boleh membuat keputusan ke atas masa depan rumah tangga tersebut di mana rahsia rumah tangga terbabit terpaksa disingkap di hadapan hakim atau mahkamah.

Mengambil Iktibar:

Teladanilah kisah-kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. seperti kebijaksanaan saiditina Khadijah r.a. dalam menjaga rahsia kerasulan Rasulullah iaitu selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’ di mana beliau telah bertindak bijak dengan menceritakan peristiwa itu hanya kepada orang tertentu untuk mendapatkan pandangan dan tidak merujuk kepada sebarangan orang tetapi memilih orang yang telah dikenal pasti layak menjadi tempat rujuk dan boleh menyimpan rahsia. Orang itu adalah sepupunya sendiri, Waraqah bin Naufal, seorang alim yang masih berpegang pada ajaran tauhid. Rahsia ini disimpan kemas sehinggalah Rasulullah s.a.w. sendiri menerima perintah untuk pergi ke tengah masyarakat menyampaikan amanah wahyu yang diterimanya.

Kesimpulannya, biar apa pun masalah yang dihadapi termasuklah hal rumah tangga, selaku seorang Islam hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan memohon bantuan daripadanya. Kerjakanlah solat istikharah dan solat hajat sebelum membuat apa jua keputusan agar diberi hidayah dan kekuatan. Di samping itu ambillah iktibar daripada hitam putih kehidupan masyarakat sekeliling kita. Bak kata pepatah “Yang baik, jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.”

Sumber : Halaqah.net

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Credit : Dr. Amirul Amin

Bagaimana Mencukupkan Gaji?

Bagaimana Mencukupkan Gaji?

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2.

Moga ada manfaat!
Wallahu a' lam

Sunday 22 December 2013

Maafkan ayah arfan



Assalammualaikum.

Aku rasa macam tak leh terima kenyataan kadangkala..arfan nangis tapi aku xleh nak dukung bawa jalan-jalan..bila tengok orang lain boleh je dukung pergi sana sini..
Aku ni da kurang upaya,moga Allah berikan aku kekuatan,jauhkan aku dari kejahatan..


Nanti arfan da besar papa tak mampu nak tateh kan arfan...arfan jangan marah malu ye..papa arfan macam ni..Ada hikmah.moga arfan terima papa seadanya...


Papa kesian dengan mama kamu,die penat lenguh.arfan nangis sebab tak selesa..
mama kamu ibu yang kuat arfan..kadang2 mama kamu terlepas cakap,"awak tu bukan boleh dukung pun memang sedap je cakap"

Tersentap papa bila mama kamu cakap macam tu...

Papa ni macam tak berguna je.nak bawa mama kamu dan kamu arfan.Takut sebab papa ni mana boleh lindungi kamu...

Papa ni terasa hati tengok ayah orang lain main-main dalam air dengan anak die..papa ni hanya duduk je..

Papa bukan tak leh terima cuma papa makan hati bila orang tak paham.papa tak mendoakan pun pada orang lain..papa pun nak main-main dengan arfan.macam papa orang lain..

Sunday 15 December 2013

Sayang Papa

Kasih Mama Terhadap Papa
(video hanyalah sebagai muzik latar kepada cerita)

Aku melabuhkan badan di atas katil yang empuk. Aku memandang gambar yang terletak di atas meja belajar. Air hangat mulai membasahi pipiku. Kerinduan terhadap papa terbawa hingga ke titisan air mata. Aku mencapai foto yang terletak elok di atas meja lalu mencium potret lelaki yang digelar papa.

Papa.. kenapa papa tinggalkan Afiya..? Kenapa papa..? Papa dah tak sayangkan Afiya lagi ke?

Kali ini, air hangat semakin laju mengalir di pipi. Entah mengapa, kali ini hatiku sudah tidak tertahankan lagi. Aku sedih, kecewa, marah, bermacam-macam perasaan lagi bercampur-baur dalam hati aku. Aku sangat merindukan lelaki yang telah pergi meninggalkan aku. Juga mama.. Kalau tidak disebabkan perempuan itu, mama dan papa tidak akan bergaduh. Aku juga tidak seperti ini. Tapi, segala-galanya sudah berlaku. Aku terpaksa menerima hakikat walaupun pahit ditelan.

Pada mulanya, aku tidak percaya apa yang berlaku, tetapi setelah papa menjelaskan segala-galanya. Aku tersentak. Mama apatah lagi. Sebaik mendengar penjelasan daripada papa, seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkong mama untuk membalas kata-kata papa.

Segala-galanya bermula 20 tahun yang lepas…

“Ya! Memang! Memang I ada perempuan lain. Puas hati you?“ Kata-kata papa membuatkan mama ingin pengsan.

Aku hanya memerhatikan mereka berdua dari dalam bilik. Hati aku benar-benar sebak. Hati ini hanya Allah yang tahu. Mama diam seribu bahasa. Kini, apa yang telah dia jangkakan, benar.

Sekali lagi, papa bersuara.

“Kalau you tak nak kasi I kahwin lagi satu, I akan ceraikan you!” Kata-kata papa lagi sekali membuatkan air jernih mengalir di pipi mama.

Dengan pantas, mama menarik lengan papa.

“Tolong jangan tinggalkan I.. I mohon..”

Air jernih yang mengalir di pipi mama semakin laju. Ingin sahaja aku mengelap air jernih di pipi mama itu. Tapi, aku tidak sanggup. Aku tidak sanggup berhadapan dengan mereka saat-saat begini. Jadi, aku seperti tunggul yang memerhati dan mendengar setiap kata dan gerak-geri mereka.

Papa tidak mengendahkan kata-kata mama. Tangan mama yang memaut lengan papa direntap kasar oleh papa. Hati isteri mana yang tidak terluka jika dibuat begitu oleh suami sendiri. Aku dapat rasakan, betapa pedihnya luka di hati mama pada waktu itu.

Mama terjatuh di depan pintu utama, papa memandang mama dengan wajah yang bengis.

“Mulai saat dan hari ini kau Nur Azwin binti Alias, aku ceraikan kau dengan talak satu”

Ikatan perkahwinan yang telah dibina selama 19 tahun terlerai dengan lafaz talak papa terhadap mama. Tanpa rasa bersalah dan kesal, papa melangkah pergi meninggalkan kami berdua. Kini rumah banglo dua tingkat yang sudah kami diami selama 10 tahun seolah-olah kapal yang tiada nahkoda, tiada hala tuju, tiada bahagia sejak pemergian papa meninggalkan kami.

Mama kesal dengan sikap papa. Mama mula berubah wajah. Air mata mula bertakung di kelopak mata mama. Akhirnya, air mata menitis. Menitis kerana kecewa dengan sikap papa.

Aku datang menghampiri mama yang sedang meraung seperti orang hilang akal. Aku cuba sedaya upaya untuk menenangkan mama. Aku tidak boleh ikut menangis sama, aku harus kuat. Aku yakin, pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui.

“Afiya.. papa dah pergi tinggalkan kita..” Mama bersuara dalam tangisan.

Sebaknya hati aku waktu itu, hanya Allah yang tahu. Air jernih sudah mula bertakung di kelopak mataku. Tetapi, aku tahan juga. Betul kata orang, kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan. Tetapi, sekurang-kurangnya mama sudah lega mendengar penjelasan dari mulut papa sendiri daripada mendengar daripada mulut orang lain.

Benar, memang ia sangat menyakitkan. Tetapi, ia lebih menyakitkan jika kebenaran itu disampaikan oleh orang lain. Bukan papa..

“Sabar ya mama.. ingat Allah banyak-banyak” Aku memujuk mama.

Mama memandang aku dengan wajah yang sayu, dia memeluk aku dengan erat.

Tidak ku sangka, air jernih yang bertakung di kelopak mataku akhirnya jatuh juga membasahi pipi. Aku membalas pelukan mama.




Selepas jatuh talak, papa dan mama acap kali berurusan di mahkamah dalam menguruskan hal perceraian. Lebih mengejutkan, semasa di mahkamah, papa bersama seorang wanita yang tidak aku kenali. Wanita itu berpakaian agak mencolok mata. Berbeza.. berbeza dengan penampilan mama. Adakah papa tidak melihat yang mana satu lebih sopan? Betul kata orang, cinta itu memang buta. Aku melihat perempuan itu dengan ekoran mata. Sungguh, dia tidak seperti perempuan yang baik-baik. Aku semakin pelik dengan perangai papa. Apa yang terlalu istimewa sehinggakan papa sanggup ceraikan mama demi perempuan itu?

Astagfirullah…





Selepas dua bulan daripada peristiwa hitam itu, kami dikhabarkan bahawa papa telah bernikah dengan wanita tersebut. Banglo dua tingkat yang menjadi syurga kami sekeluarga sebelum ini menjadi milik isteri baru papa. Aku dan mama dihalau keluar. Dari sini, mama terpaksa memulakan hidup baru untuk menanggung segala perbelanjaan kami yang sebelum ini ditanggung oleh papa. Papa lenyap tanpa berita. Dia juga tidak pernah memberikan sebarang perbelanjaan untuk aku. Namun, mama tabah untuk mencari sesuap nasi.

Daripada perniagaan secara kecil-kecilan, kini semakin berkembang maju. Alhamdulillah.. Siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Nama mama juga selalu terpapar di akhbar-akhbar tempatan dengan perniagaannya. Suatu hari, semasa aku dan mama di kedai makan, kami terlihat papa dan isteri barunya. Mereka nampak sangat mesra. Mama yang sedang makan terus hilang selera. Air wajah mama terus berubah. Nampaknya, mama masih sayangkan papa. Cinta mama terhadap papa masih segar tetapi papa..?

Hmm…

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, akhirnya mama seperti dapat melupakan papa. Sungguh, memang sukar untuk mama melupakan papa. Tetapi, dalam hati siapa yang tahu? Mungkin mama tidak melayan perasaannya. Pernah aku terlihat mama di dalam bilik. Dia berdoa kepada Ilahi

“Ya Allah.. hati aku masih sayangkan dia. Jika jodoh kami sampai disini saja, buangkanlah segala perasaan yang ada di dalam hatiku. Tabahkanlah aku Ya Allah..”

Begitu sekali mama berdoa. Aku jadi sedih. Adakah papa masih ingat kami disini?




Satu tahun selepas perkahwinan papa dan isteri barunya, kami dikejutkan dengan akhbar yang menyatakan bahawa papa dipenjarakan kerana terlibat dalam rasuah. Kehidupan papa bersama isteri baru tidak terurus. Jika papa menghadapi tekanan, dia akan mengambil minuman keras. Papa sudah tidak tahu membezakan halal dan haram. Aku dan mama kecewa dengan sikap papa.

Isteri baru papa pula seorang yang pemboros dan pisau cukur. Dia sering berbelanja dengan kawan-kawannya di pusat beli belah. Dalam masa yang sama, isteri baru papa telah berlaku curang terhadap papa. Papa juga dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun. Kehidupan papa bertambah malang apabila dia dibebani hutang hasil berbelanjaan isteri barunya. Isteri baru papa tidak dapat menerima papa dengan alasan papa seorang banduan. Lalu, isteri barunya menfailkan cerai dan mereka bercerai.

Selepas papa bebas dari hukuman penjara, papa kembali mencari aku dan mama. Papa meminta pertolongan Pak Ngah untuk menemukan dirinya bersama aku dan mama. Malang tidak berbau, sewaktu papa mencari kami, papa mengalami kemalangan jalan raya yang sangat teruk.

Kakinya lumpuh.

Papa koma selama dua minggu. Mama dan aku menjaga papa di hospital sehingga papa sedar. Mama mengucapkan syukur. Tetapi, apa yang menyedihkan, mama dan papa bukan lagi suami isteri. Papa dan mama hanya boleh melihat, ingin sahaja mama memeluk papa yang dirindui nya. Papa menangis.

“Azwin.. I minta maaf.. I sedar ini salah I..” Papa meminta maaf pada mama.

Papa memandang wajahku, dia terus memelukku.

“Afiya.. papa minta maaf selama ni papa tak ambil kisah pada Afiya.. papa menyesal..”

Papa menangis Teresak-esak. Aku turut menangis dipelukan papa.

“I nak keluar sekejap” Mama meminta izin untuk keluar.

Tiba-tiba papa bersuara “Azwin.. kalau I diberi peluang kedua.. you boleh terima I lagi?” Mendengar ayat daripada mulut papa, mama berhenti di depan pintu bilik wad.

Mama terkejut.

Mama memandang wajah papa yang sudah bertakung air mata di kelopak matanya.

Mama mengangguk.

“I terima you seikhlas hati I.. I dah lama maafkan you..”

Sebaik mendengar kata-kata dari mama, papa menangis.

“Tak.. you tipu.. I dah lumpur.. mana mungkin you dapat terima I lagi..I dah tak boleh nak jalan.. I..” Belum sempat papa menghabiskan kata-kata, mama menghampiri katil papa.

“I sanggup…”

Langit yang dulunya gelap terus menjadi cerah. Bagaikan mentari yang menyinari malam. Ya Allah.. bahagianya saat itu.

Mama dengan seikhlas hati menerima papa kembali. Papa terharu melihat kegigihan mama yang bekerja keras untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Tetapi, mama sanggup korbankan segala-galanya. Mama juga menghantar papa ke hospital untuk berubat. Walaupun papa tidak lagi boleh berjalan seperti dulu, kasih sayang mama terhadap aku dan papa tidak pernah menghampakan. Kehidupan kami kembali bahagia seperti dulu kala.


Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Dugaan memberi erti kesabaran yang tinggi

Assalamualaikum.. Lama sudah aku menyepi..........

Alhamdulilah anak aku da makin sihat,
terima kasih banyak2 kepada isteri selama ini menjaga arfan..
Hari khamis 12/12/2013 ku MC lepas itu teman isteri pergi renew lesen..
Menguji kesabaran yang tinggi,dekat 3 jam menunggu,mujur bukan aku punya,yelah kesian isteri lesen da tamat tempoh..yelah birthday dekat2kan ,aku punya 6HB Disember & isteriku pula 5 Disember...

Arfan ni anak yang bijak comel,dengan aku punya lah die tak nak,dekat 1 jam setengah memujuk,dugaan sabar je..Ingat pesan nenek jangan sesekali naik tangan..

Aku ni bukan insan yang penyabar,sian kadang terlepas juga marah tu.Andai kata aku ni hidup berdua je..Apa lah yang aku mampu lakukan..Sedih juga,Insya Allah tidak lah..

Aku bersyukur sangat dapat isteriku yang cantik hatinya,bukan rupa sahaja..Aku ni suami yang panas baran.Insya Allah aku akan ubah menjadi sabar..

Hari-hari aku tidur lewat buat kerja-kerja online ,walaupun belum nampak hasil yang berkesan,kena juga perli tapi diam kan jelah..Rezeki Allah belum sampai lagi pada aku,
Kadang jauh di sudut hati ni aku menangis seorang diri jelah.

Isteri aku bukan lah seorang yang gilakan harta,hati mana tak sedih lihat isteri sendiri pakai selipar putus ,nampak dimata memang biasa je bagi die..

Aku rasa putus asa bila tidak mampu nak membantu emakku die lah ayah die lah ibu..kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang..Sedih bila kampung ku banjir emak aku tak dapat keluar nak beli makanan ,hanya air garam dan nasi jelah,tepung...sedih bila aku sendiri pun tak mampu nak tolong,Rindu sangat aku pada emak aku ,mujurlah adik-adik aku memahami,sudah biasa dengan kadang tu tak makan,

Emak aku ada cerita,dapat bantuan tapi yang aku sakit hati,orang yang berkerata ni die bagi depan mata,emak aku ni hanya ada sebuah motosikal je.sanggup redah hujan jauh pula tu.bila kita melenting nanti cakap kita tak bersyukur..ape pun tak boleh...

Sedih bila emak aku cerita die sanggup pergi ke segamat maksud aku bandar lah pergi ke pejabat kwsp nak minta bantuan wheel chair untuk aku,yelah emak aku ke pejabat YB ni die tolak emak aku macam bola,sekejap suruh pergi sini lepas itu situlah..
Sebelum berkempen janji manis,bila minta bantuan habuk pun takde...

Menangis aku dengar emak aku ni,dah lah susah sanggup juga untuk anak die ni yang OKU..

Niat aku ialah nak belikan emak aku sebuah rumah sejak aku bujang lagi aku da berjanji...Insya Allah..

Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna

Suatu masa dahulu, di hujung sebuah kampung, hiduplah seorang laki-laki bersama isterinya. Pada suatu petang, si isteri meminta dibelikan sepasang sanggul untuk dia mengikat rambutnya.

"Abang.. Boleh tak abang belikan saya sanggul rambut?", pohonnya mengharap

Dengan redup pandangannya, si suami memandang wajah si isteri.. Lalu dia berkata..

"Abang belum mampu untuk memenuhi permintaanmu itu sayang.. Bahkan, untuk menyambung tali jam abang yang putus ini pun, belum mampu abang membaikinya.."

Diam. Isterinya tidak membantah. Apatah lagi mengeluh, menghela nafas. Dia redha. Dan dia tahu, berdosa dirinya jika terus memaksa.

Keesokan harinya, setelah selesai dari kerjanya, si suami tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya, dia menyusun langkah menuju ke pasar. Ada sesuatu yang ingin diuruskannya.

Ketika di pasar, dia mengeluarkan jam tangan usangnya yang sudah tercabut talinya itu untuk dijual, untuk dia membeli sepasang sanggul, memenuhi permintaan isterinya.

Sesampainya dia di rumah, dia melihat rambut isterinya sudah terpotong pendek.. Dan dilihat pada tangan sang isteri itu, seutas tali jam tangan..

Rupa-rupanya, si isteri telah memotong rambutnya dan menjualnya untuk membeli tali jam tangan buat suaminya.

Lalu, pada saat itu, mereka saling berpandangan dengan air mata yang bercucuran. Bukan kerana kecewa dengan apa yang mereka lakukan itu sia-sia, tetapi adalah kerana keduanya saling mencintai. Kedua-duanya ingin memenuhi apa yang diinginkan antara satu sama lain. Allahurabbi..

* Ingatlah semua..

Sekiranya kita mencintai seseorang, maka berusahalah untuk membahagiakannya walau dengan apa cara sekalipun.. Kerana cinta sejati itu tidak terletak pada manisnya perkataan tetapi ia terselit pada ikhlasnya pengorbanan..

Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna

Hati

Assalamualaikum..

Hari demi hari berlalu, tanpa pernah terlewat walau seminit, membekaskan memori terlakar di hati, lantas menjadi parut yang bisanya tak tersembuh dek kilauan penawar...

Dikala sendiri, hati membisikan kerinduan, kerinduan pada kejauhan, nan jauhnya tak busa tergapai dek tangan. Hati berbicara, setelah sekian lama kesepian tanpa teman, ingin mencari teman, pendamping diri tika diri dihujani tohmahan bisa.
Hati meronta, tak ingin lagi terus menjadi pungguk yang setia menanti bulan tanpa tara, sedang bulan entah di mana, entahkan hadir, entahkan tidak.

Hati mendamba, dambakan seseorang   bisa ada tatkala susah dan senang, tatkala diri tak punya tempat lagi untuk bergantung.
Hati mngungkap, ungkapan cinta yang pernah di tabur dahulu, yang kini hanya menjadi abu arang berhembusan ditiup angin. Pergi meninggalkan tanpa sebarang kesan.
Hati menidakkan, memori cinta duka jauh dibuang, seolah-olah ianya tak wujud, walhal ia pernah bertandang dan menjadi sebahagian dari kisah kehidupan..

Kupujuk hati,
supaya mengerti,
dan sabar menanti,
suatu hari pasti..

Thursday 5 December 2013

LDP

Lebuh raya Damansara Putrajaya....

LDP ni memang jem sokmo,ada kala ok,tapi selama 3 tahun aku keje ulang alik,masih buat aku mengantuk je...Tadi ujan lebat,mujur aku bawak slow je,percikan air dari kereta lain ,biar air tu terjah kat kereta aku,aku brekkk.....tetap tergelincir,mujur lori sebelah aku tu jauh lagi...lepas je aku dapat control keadaan tadi aku terus parking tepi jalan tengok tayar dua-dua sebelah depan ok je,sebab sebelum tu tayar kiri pancit...aku da pam,igtkan meletop ke apa..Alhamdulilah takde pape...

so kepada sesiapa berhati-hati lah di jalan raya ingat orang tersayang...peace ( "_" )

Sunday 1 December 2013

Tongkat nyawaku

Macam mane nak mula erk.....
Pada 29/11/2013 hari jumaat time nak balik koje lain macam je rasa ,tengok2 tongkat aku da retak...aduhai mujur lah perasan kalu tak tergolek aku kat ofis...
Gaji pula kurang bulan ni..Sabar  jelah kan dugaan orang kata,tanpa tongkat macam mane aku nak jalan,aku beli time aku kawin....

Tadi pegi kedai beli tape cover dulu sementara..susah kalu patah...

Klik