Nuffnang

Friday 28 June 2013

Air mata ibu

Setitik Air Mata Ibu...

                           

                               Bismillahirrahmanirrahim

 
 Semalam terdetik hatiku ingin hubungi ibuku..Ibuku menangis lagi,Suara tangisan amat memilukan bagi sesiapa sebagai anak yang mendengar tetapi kepada siapa air mata itu sebenarnya,???Adik-adikku tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu kisah ibu.Ibu aku ni jenis pandai menyembunyikan segala pengalaman pahit manis.

Setelah berbual panjang ibuku berkata sangat rindu kepada cucunya,iaitu cucu  anak sulongnya aku lah tu..hehehehe,sedangkan ku mengerti yang tersirat itu...Akhirnya ibu beritahu kepadaku mahu pulang ke kampung halaman sambil mencari pekerjaan baru dan niat nak berpindah ke utara
KEDAH DARUL IMAN...
Ibuku beritahu ku nenek sakit jantung tetapi masih lagi berkerja,hanya ubat sahaja untuk bekalan tenaga bak kata "KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG"
 
 
Ibu menangis kerana rindu sangat pada nenek,sedih nenek mengadu tercungap-cungap bawah pokok sampai tidak terdaya tubuh yang sudah berusia tetapi kerja kuat lagi.Dirumah pula ibuku sedih anak-anak yang tidak mahu dengar nasihat,menaikkan nama ibu dengan hinaan orang..
Dialah satu-satunya adik perempuan ku yang kuharapkan jangan ikut jejak langkah akaknya,
 
Ibuku berkata sudah berdaya nak menghadapi  menconteng arang dimuka ibu...IBU ku ialah ibu....IBUku jugalah AYAH...setelah bercerai dengah ayahku..
Apa yang boleh ku bantu dengan beri semangat: Sabar ibu dugaan dari ALLAH swt.Bukan salah ibu tidak beri didikan.Suatu hari akan sedarlah adik-adik ni yang masih mentah ragam kehidupan ni,baru setahun jagung sudah tunjuk pandai..
 
Sebagai anak sulong sudah berumahtangga tanggungjawab sudah ada,apa yang mampu hanya beri nasihat Inshaa Allah ada jalan penyelesaian..ALLAH itu maha adil
 
Adakah anak itu mendengar rayuan si ibu...??..


"Setitis air mata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadam api Neraka terhadapmu, setitis air mata ibu itu juga mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita itu."
 
 

1 comment:

Klik