Kisah Menyentuh Hati –
Kasih Sayang Seorang Abang
| Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat die yg
kat kampung.. Satu pun x berbalas..
2
Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa
dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah
yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka
mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku
kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam
ni..
“Khas
buat abangku,
Abg,
ko ingat lagi x..
Mak
ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang
eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah
kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada
satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap
lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi,
diorang cium kita berdua. Diorang cakap
“
Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal
die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko
ingat x..
Sebelum
diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut
warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang
umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap
bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..
Abg,
ko ingat x..
Kita
hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi
malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak
untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x
penah ucap terima kasih kat aku.
Abg,
ko ingat x..
Pernah
sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik
Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku
darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah
elok..
Abg,
ko ingat x..
Semasa
umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko
ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku
titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa
abg??
Sekarang
umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun
disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada
engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu
sebagai wali aku..
Abg,
Jika
kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang
berlaku..
Salam
sayang,
Adik.”
Aku
mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang
sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan
anai2..Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2
surat..Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat.. Dan aku
buka..
“Assalamualaikum..
Kehadapan
adikku yang jauh di mata ..
Maafkan
abg kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku
tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..
Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ
adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah
balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah
masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku
sayang..
Aku
tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..
Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..
Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan
basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti
kau ambil ya..
Adikku
sayang..
Jangan
lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau
pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak
sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..
Adikku
sayang..
Tahukah
kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan..
Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli
buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..
Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji..
Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..
Aku
tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg
kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku
sayang,
Siapa
cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum
subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau
tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan
matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku
sayang,
Aku
malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau
menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar
semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir
hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan
semasa hidupku..
Adikku
sayang,
Maafkan
aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa
kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan
untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas
kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan??
Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..
Dan
tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika
kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu
lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku
tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat
itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang
cantik itu..
Adikku
sayang..
Maafkan
aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau
kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak
di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku
terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku
menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang
yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu
batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat
di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..
Sayangku..
Aku
titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu
hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku
belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak
dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku
sayang..
Mungkin
tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di
sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..
Untuk
menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu,
TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih
dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh
ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr
kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak
suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku
balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.
Adikku
sayang..
Sekiranya
engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku
mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan..
Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam
sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di
rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..
Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink..
Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku
meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan
semulia mu duhai abangku..
No comments:
Post a Comment