Nuffnang

Monday 7 April 2014

Kejayaan




Kejayaan sesuatu perniagaan tidak hanya bergantung kepada idea dan produk yang hebat, kewangan kukuh serta pemasaran berkesan. Apa yang paling utama ialah kepimpinan berkesan. Pemimpin diibaratkan seperti kapten kapal yang mengemudi sebuah kapal. Jika kapten tersebut tahu mengemudi kapal tersebut, maka ia akan sampai ke destinasinya. Jika tidak, sesat atau tenggelamlah ia ke dasar lautan.


Manusia buat silap. Kadang-kadang yang zahir bukan atas kesilapan diri kita tetapi orang tetap akan melihat hal itu sebagai kesalahan kita. Ini ujian. Tidak mengapa. Bersabar! Ada balasan yang lebih baik untuk mereka yang bersabar. 


Rezeki itu ada banyak jenis. Ramai orang fikir rezeki hanya dalam bentuk wang ringgit. Kesihatan yang baik juga rezeki, anak yang baik juga rezeki, kemudahan hidup juga rezeki. Ada orang duitnya tak banyak tapi selesa, senang hidupnya. Rezekinya melimpah ruah tapi bukan dalam bentuk wang. Lain orang, boleh jadi lain bentuk rezekinya.

Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang.

Jangan mengeluh jika menghadapi masalah. Jika kamu merasa bebanmu lebih BERAT daripada yang lain, itu kerana Tuhan melihatmu lebih KUAT daripada yang lain.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan..

1 comment:

Klik