Nuffnang

Tuesday 16 December 2014

CACAT kekal di dunia sahaja

Setiap kali orang yang baru nak kenal aku akan tanya,macam mane terima qada & qadar (maksud menerima jadi OKU)sejak 2009 tiada apa lagi aku nak kenangkan ,sebenarnya banyak yang positif ada pada aku selepas da cacat macam ni..
Setelah berkahwin harapan kedua-dua belah pihak berharap dan pikir aku akan normal semula..


Tiada apa yang membuatkan aku hendak melawan kehendak sebaik-baik kejadian

Biar aku dalam keadaan macam ni,dari aku sihat pasti sikap panas baran aku akan ada.
Biar aku macam ni,aku tidak lagi ke tempat yang tidak sepatutnya...
Biar aku macam ni,supaya menjadi contoh kepada adik-adik aku.
Biar aku macam ni,supaya tiada siapa yang akan dilukai.
Biar aku macam ni,supaya aku redha pasrah

Ayah hendak sangat aku berjalan seprti dulu sedih hati bila pikir punya beria-ria nak sembuh kan aku...

Yelah ayah aku pernah mengadu pada emak aku,sambil menitis air mata die,yelah anak sulong "penat kita ajar dulu susah nak berjalan,di ajar tateh "aku lah yang paling lambat berjalan dalam adik beradik

Macam emak aku tak pernah cakap aku cacat atau oku,walaupun bila sesetengah orang akan tanya kenapa dengan anak sulong tu.

Aku hanya bagi harapan palsu dan cakap pada ayah dengan emak abang ok je,selagi abang hidup abang akan jaga adik-adik abang emak ayah selagi mampu,cucu emak dan menantu emak..

======================================

Sabar bila orang bermuka-muka cakap belakang ni

#Sampai saat aku akan berdiri di atas kaki sendiri.



No comments:

Post a Comment

Klik