Inflasi = Nilai wang jatuh = Harga Barang/Perkhidmatan naik
Kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia adalah antara
2.5% hingga 4%. Andaikan kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara
Malaysia sekarang adalah 4%. Mengikut formula inflasi peraturan 72 nilai
wang RM 50 pada hari ini akan berkurang kepada separuh (50%) iaitu
kepada RM 25 selepas 18 tahun.
Andaikan kadar inflasi 4%.
72/Kadar Inflasi
72/4 = 18
2013: RM 50
2031: RM 25 = RM 50 (2013)
2013: RM 500
2031: RM 250 = RM 500 (2013)
2013: RM 5,000
2031: RM 2,500 = RM 5,000 (2013)
2013: RM 50,000
2031: RM 25,000 = RM 50,000 (2013)
2013: RM 500,000
2031: RM 250,000 = RM 500,000 (2013)
2013: RM 5,000,000
2031: RM 2,500,000 = RM 5,000,000 (2013)
Kesan inflasi ini sangat serius. Berdasarkan nilai wang RM 50 pada
tahun 1998 tidak sama dengan nilai RM 50 sekarang. Korang boleh lihat
berdasarkan pada tahun 1998 dengan nilai RM 50 kita mampu membeli satu
troli penuh barang keperluan. Pada tahun 2005 dengan nilai RM 50 kita
hanya mampu membeli separuh troli sahaja barangan keperluan. Pada tahun
2012 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli lebih kurang suku troli
sahaja barangan keperluan. Agak agak anda lagi 10 tahun dengan nilai RM
50 berapa sangatlah barangan keperluan yang kita mampu beli dalam satu
troli kan?
Anda sendiri pun dapat rasakan situasi sekarang
berapa sangat lah barang keperluan yang mampu kita beli dengan nilai RM
50 hari ini kan berbanding 10 tahun yang lalu? Adakah nilai wang semakin
susut? Semakin susut ke nilai wang? Jawapannya inilah kesan inflasi.
Contoh lain yang boleh saya kongsi adalah seperti dibawah ini.
1970an: RM 1 kita mampu beli 4 cawan kopi
1980an: RM 1 kita mampu beli 2 cawan kopi
1990an: RM 1 kita mampu beli 1 cawan kopi
RM 1 hari ini berapa cawan kopi yang kita dapat? Fikirkan.
Apakah langkah kita untuk menghadapi INFLASI?
Saya cadangkan anda mula menyimpan dan melabur wang anda dari sekarang
ditempat yang mampu melawan kadar inflasi. Sebagai contoh andaikan kadar
inflasi semasa adalah 4% setahun sekiranya anda melabur ditempat yang
memberi pulangan sebanyak 6% setahun maka pulangan yang bakal anda
perolehi hanya 1.9231% sahaja bukannya 6%. Hal ini kerana pulangan
sebanyak 6% perlu ditolak dengan kadar inflasi 4% dan bakinya 1.9231%
adalah pulangan anda. Berbaloi tak pulangan korang hanya 1.9231%?
Andaikan kadar inflasi 4%
(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(6% - 4%) / (1 + 4%) = 1.9231% (Baki Pulangan Pelaburan)
Bayangkan jika anda mula menyimpan dan melabur dari sekarang ditempat
yang mampu memberi pulangan setahun antara 10% hingga 15%. Sebagai
contoh sekiranya kadar inflasi semasa adalah 4% setahun korang melabur
ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10% setahun maka pulangan yang
bakal korang perolehi adalah 5.7692%. Untung 4.2308% tu. Sekiranya
korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 15% setahun,
sekiranya kadar inflasi semasa adalah 4% maka pulangan yang bakal korang
perolehi adalah 10.5769%. Berminat hendak menyimpan dan melabur
ditempat yang mampu melawan kadar inflasi dengan pulangan setahun antara
10% hingga 15%?
Andaikan anda melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10% hingga 15%.
Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10%.
(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(10% - 4%) / (1 + 4%) = 5.7692% (Baki Pulangan Pelaburan)
Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 12%.
(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(12% - 4%) / (1 + 4%) = 7.6923% (Baki Pulangan Pelaburan)
Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 15%.
(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(15% - 4%) / (1 + 4%) = 10.5769% (Baki Pulangan Pelaburan)
P/S: Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi!
dipetik dari blog
Aizuddin Azmi
thanks follow blog saya....datang sini balas follow...
ReplyDelete