"Engkau Tak Sembahyang, Tapi Kau Tetap Kaya Dan Semakin Kaya"
Pernah
tak korang berhadapan dengan situasi yang aku nyatakan pada tajuk entri
aku kali ni?? aku pernah...sebab aku banyak bergaul dengan orang ramai
dari kecik sampai aku besar.kehidupan aku ketika remaja sampai ke hari
ini lebih kepada kehidupan sosial dan masyarakat..oleh sebab tu aku
kerap berjumpa dengan pelbagai gelagat manusia..antaranya manusia yang
tak pernah solat,tak pernah beribadat,mengaji pun tak reti, tapi ape
yang dia buat, semua menjadi..buat bisnes, bisnes maju.duit semakin
banyak..pelanggan semakin ramai..kaya dan bertambah kaya..aku????tetap
camni dan terus bersyukur..
Tapi
kenapa orang seperti itu, tuhan beri rezki yang melimpah ruah sedangkan
dia langsung tidak mengigati tuhan dan tak beribadah..bagaimana pula
dengan aku yang tak pernah tinggal solat dan berdoa supaya dimurahkan
rezeki? adakah tuhan itu tidak adil???
Situasi inilah yang dipanggil "ISTIDRAJ"
ISTIDRAJ
adalah kalimah yang sering ditujukan kepada seseorang yang sering
dilimpahkan kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah sedangkan dia
tidak taat kepada Allah dan sering melakukan maksiat.
Apa pula maksud ISTIDRAJ ?
ISTIDRAJ
bermaksud, apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki
yang melimpah ruah untuk seseorang manusia itu supaya dia menjadi lebih
jauh dari NYA.
Biasanya
manusia yang mendapat istidraj ini adalah seseorang yang menjalani
kehidupan sehariannya dengan tidak mengamalkan kehidupan islam yang
sebenar.Tidak solat, sering melakukan maksiat dan tidak taat dengan
perintah Allah.
Anda
mesti pernah mendengar kisah Qarun dan harta-hartanya.Qarun adalah
contoh sesorang yang langsung tidak beribadat dan taat kepada Allah,
tetapi kekayaannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun pada ketika
itu. Perniagaannya menjadi, pelaburannya melimpah ruah, kekayaannya
semakin banyak. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya tentang harta
kekayaannya itu adalah datang dari Allah, maka Qarun dengan angkuhnya
menjawab " Tidak..semua ini adalah hasil dari kebijaksanaanku". Dia
nyata semakin angkuh dan jauh dari Allah. Saban waktu dia memperlekehkan
pengikut-pengikut Nabi Musa yang terdiri dari orang-orang miskin dan
papa. Akhirnya Allah memberi kan qarun balasan dengan menenggelamkan dia
dan harta-hartanya kedalam perut bumi. Kisah ini terdapat didalam Al
Quran.
Pernah
anda terfikir jika anda semakin hari semakin kaya.semakin berjaya
sedangkan anda tidak pernah solat?? semestinya dalam pemikiran anda
menyatakan bahawa anda tidak solat pun anda semakin kaya dan
berjaya..Subhanallah..mintak dijauhkan..Anda berjaya tetapi anda semakin
jauh denga Allah.
Ingatlah,
sekiranya kita tidak berjaya didalam ape jua perkara yang kita lakukan,
jangan bersedih..cuba lagi..sentiasa minta pertolongan dengan Allah.
Kegagalan adalah ujian keimanan anda yang sengaja diuji oleh Allah untuk
mengetahui bertapa kuatnya iman dan kesabaran yang anda miliki.
Bersyukurlah keatas segala ujian yang tuhan berikan kerana itu adalah
tanda Allah masih lagi dekat dengan kita.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.....Ingatlah, tuhan itu Maha Adil..
sebab rezeki bkn bermaksud wang shj..rezeki itu luas.kan dear?
ReplyDelete