Pembeli terbahagi kepada 3 jenis ragam pembeli. Pembeli-pembeli tersebut adalah:
Jenis Pembeli #1
Pembeli Emosi
Pembeli jenis ini biasanya membeli berdasarkan emosi. Apabila emosi diganggu dengan tawaran-tawaran yang tidak dapat ditolak, pembeli jenis ini akan terus membeli tanpa berfikir panjang.
Mereka tidak memikirkan sesuatu produk itu diperlukan atau tidak digunakan pada masa hadapan.
Jenis Pembeli #2
Pembeli Keperluan
Pembeli jenis ini membeli kerana memenuhi keperluan hidup. Mereka membeli untuk kelangsungan hidup, keselesaan dan menambah taraf hidup kepada yang lebih baik.
Jenis Pembeli #3
Pembeli Desakan
Pembeli jenis ini membeli kerana desakan hidup. Apabila mereka melihat produk yang bakal menyelesaikan masalah hidup, mereka akan membeli.
Walaupun ketika itu, mereka dalam kemiskinan dan kesempitan wang. Kerana desakan untuk berubah, mereka akan membeli.
No comments:
Post a Comment