Nuffnang

Wednesday, 21 May 2014

Beza akal

kali ni nk cakap pasal sifat sabar yang ada pada kita. Base pada pengalaman sendiri, orang lain akan melebel kita tidak sabar dan sensitif. Hakikat sebenarnya, orang tak akan faham dan tak ada kemahuan untuk faham. Bukan saja orang lain, malah mereka yang rapat dengan kita pun sukar nak faham. OKU ni terbahagi kepada dua, ada OKU akibat kemalangan dan sebagainya, yang sakit dan ada OKU yang sejak lahir atau tidak berkait dengan kesakitan. Ada beza antara kedua OKU ini.
Sebab tu dalam kaitan dengan masyarakat dan kerja atau apa saja, perlu ada kefahaman diberikan kepada mereka yang lain, yang normal, mengenai perbezaan ini dan cara memahami serta menanganinya. OKU yang sakit bukanlah meminta banyak sangat keistimewaan tetapi sedikit keperihatinan dan kelonggaran. Keperihatinan dan kelonggaran ini bersifat subjektif dan berbagai. Mungkin dari Suami, isteri, ayah ibu, majikan, masyarakat atau siapa saya yang mana ada kuasa dan tangggungjawab serta keterlibatan bersama. Contoh: Majikan yang ada pekerja OKU sakit ini, OKU boleh dan mampu bekerja tapi memerlukan sedikit keperihatinan seperti masa rehat yang fleksibel ke, masa kerja yang fleksibel ke, cuti yang fleksibel ke..atau ruang solat ke, tandas yang sesuai ke, atau jadual kerja yang fleksibel ke atau apa saja. Ini penting, kerana OKU yang sakit ada keupayaan yang terbatas atau terhad dr segi tenaga, kekuatan dan ketahanan badan dan sebagainya.

Kalau perkara ini tidak difahami, maka OKU yang sakit ini akan stress/tertekan dan hilang sabar..bukan atas sebab biasa tetapi atas sebab yang tidak tertanggung. Kalau orang normal demam sikit pn boleh moody, ni kan pulak OKU yang sememangnya 24jam dlm kesakitan....maksudnya sakit memanjanglah tapi masih perlu dan mesti bekerja. Ini contoh... sama juga OKU yang sakit sebagai isteri..suami kena difahamkan, suami OKU ..isteri kena difahamkan ...siapa sajalah....

OKU bukan tidak sabar tapi kesakitan akibat dari ketidakfahaman masyarakat yang dikurniakan kesihatan inilah yang menyebabkan mereka hilang sabar. Kalau diukur, tahap kesabaran OKU yang sakit ini jauh lebih kuat dari mereka yang lain...yang hanya sekali sekala rasa sakit.

Sekadar memberi kefahaman...sekadar yang mampu...atau ada pandangan lain..silalah kemukakan ..sama sama menyumbang untuk memahamkan orang lain

Harini bila seseorang insan normal ni bercakap soal business rule..(Pegawai M) tanpa guna akal dan fikiran sebelum bercakap. 

Bukan mendoakan tetapi perlu ada menunjukkan simpati bukan hanya simpati,mungkin bagi orang yang sihat ni pergerakan masih boleh lakukan sesuatu perlakuan dengan menggunakan kudrat,lain pula untuk oku ni kerana segala perbuatan dan pergerakan ada tahap batasannya,memang dari segi pandangan mata sahaja,mulut kata boleh.bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..
Memang tidak dinafikan,beliau membeza kan contoh:
Gaji si A RM1500.00 /sebulan (staff OKU)
Gaji si B Rm1500.00/sebulan (staff normal)

Elaun medical RM300.00 untuk staff yang tiada MC selama 3 bulan akan terima juga
Staff normal sihat dan sukar nak cuti
Staff OKU mesti akan cuti dan tidak akan dapat elaun medical tersebut kerana MC

Jadual kerja sama,cuma kuantiti kes untuk staff oku kurang sedikit dari staff normal
Staff normal perlu siapkan kuantiti 1 hari 30 kes
Staff Oku pula  1 hari 20 kes sahaja
Patut ke pegawai tersebut cakap tidak adil untuk staff OKU dan Staff normal gaji sama. Majikan sudah tahu ambil staff oku(OKU ni stand for apa?= Orang kelainan upaya) sudah terang lagi bersuluh.
Dan yang kurang memuaskan insan normal ni pegawai M atasan maklum ,jika kuantiti kerja perlu sama diantara staff normal & staff oku,hanya untuk kepetingnan beliau sahaja,pegawai B ni tanya kepada pegawai M  .
(Pegawai B  ni yang incharge staff oku,)soalan manager tersebut soal semula ?kenapa staff oku ni tiada akal ke nak lakukan kerja tersebut,tersentap juga,mujur bukan cakap depan ku.


Contoh gaji Staff N & Staff Oku.
Gaji sebulan RM1500.00 + Elaun medical RM400.00

Staff N(staff Normal)

Keperluan harian/barang dapur = RM300.00
TM/Astro & bill air /elektrik = RM100.00
Pampes anak + Susu = RM50.00
Makanan harian selama sebulan RM350.00
Sewa /Beli rumah = RM400.00
Kerata = RM300.00  
Minyak Moto RM60.00 
TOTAL = 1560.00
staff Normal boleh bawa moto,
Jarak rumah ke tempat kerja 36KM

Staff N(staff OKUl) 

Keperluan harian/barang dapur = RM300.00
TM/Astro & bill air /elektrik = RM100.00
Pampes anak + Susu = RM50.00
Makanan harian selama sebulan RM350.00
Sewa /Beli rumah = RM400.00
Kerata = RM300.00  
Minyak kereta RM300.00 
Lebuhraya Tol = RM150.00
Ubatan = Rm100.00 
TOTAL = 2050.00 

Staff oku hanya boleh bawa kereta.
Jarak rumah ke tempat kerja 36KM

Lihat sendiri???

Waktu kerja sama 8.3pagi hingga 6.00petang ,staff N naik moto 6petang tidak perlu hadap kesesakan lalulintas atau jem hanya perlukan masa 30minit untuk sampai ke rumah kerana bawa moto,

Staff Oku  perlu hadap kesesakan lalulintas atau jem dalam 1 jam baru akan tiba ke rumah..kalu nak beza banyak lagi,bukan alasan tetapi realiti..


Semua kiraan gaji tidak tepat hanya anggaran sahaja.Sekarang siapa tiada Akal??????kami OKU ke? 



1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Klik