Nuffnang

Monday 5 May 2014

SI KECIL TAK LAPAR??


Tentu mama2 biasa berhadapan dengan situasi di mana anak-anak asyik sekali bermain tanpa menghiraukan makan minum. Apabila ditanya sama ada mahu makan atau tidak, hanya gelengan kepala sahaja yang mereka tunjukkan.
Sebenarnya kanak-kanak semulajadi sukar memberitahu mereka lapar sekiranya mereka sedang bermain. Bahkan ada beberapa sebab lain yang menyebabkan mengapa kanak-kanak tidak memberitahu yang mereka merasa lapar.
1. Masalah emosi yang dihadapi anak ketika itu membuatkan dia memerlukan perhatian daripada ibu bapa.
2. Meniru perilaku anggota keluarga yang sedang mengamalkan diet.
3. Anak terlalu banyak makan snek sebelum waktu makan.
Untuk mengatasi masalah tersebut anda perlu melakukan sesuatu supaya mereka masih dibekalkan dengan pemakanan yang seimbang. Antaranya ialah:
1. Buat jadual makan teratur.
2. Elakkan memberi anak makan makanan manis agar perutnya tidak kenyang menjelang waktu makan.
3. Wujudkan suasana makan yang selesa dan tenang.
4. Teman anak makan untuk memenuhi keperluannya terhadap perhatian.
5. Sajikan menu harian yang pelbagai ( be Creative).
-PA&MA-

No comments:

Post a Comment

Klik