Nuffnang

Wednesday 14 May 2014

Untuk semua IBU & EMAK

Disini masih tidak terlambat lagi aku mengucapkan Selamat hari ibu khas buat Isteri ku yang juga menjadi Ibu kepada Muhammad Safiy Arfan..
Dikala aku susah kamu penemanku,
Dikala aku sakit kamu menjagaku,
Dikala aku suka kamu bersamaku,
Dikala aku memerlukan kamu tetap bersamaku,
Terima Kasih memberikan aku zuriat & sudi menerimaku sebagai suamimu,
Terima Kasih menerimaku seadanya walaupun aku tidak seperti dulu,Alhamdulillah..
Dengan Izin Allah swt.JANJI ALLAH itu pasti...ALLAH tak akan beri semua yang kita mahu,tapi Allah beri apa yang kita perlu..

Disini tidak lupa kepada emakku yang dikasihi Zaharah bt Muhamad
Duhai emak…. 

Anakmu, kau tatang bagai minyak yang penuh.
Sejak dia dari dalam kandungan.
Kau tabah dan sabar…
Kau cekal dan kuat…
Menghadapi semua dugaan.
Pening, loya, mual….
Semuanya kau rasa…
Tapi kau gagahi jua…
Demi anakmu yang tersayang.

Duhai Emak…. 

Cukup 9 bulan 10 hari…
Kau melahirkan anakmu ke dunia ini…
Dengan seluruh tenagamu kau kerah...
Demi untuk anakmu...
Sakit dan perit tak kau hirau.
Asalkan anakmu selamat lahir ke dunia.

Duhai emak…. 

Tangis dan tawa anak penawar dukamu.
Kau rela berkorban untuk anakmu.
Biar dirimu dalam duka….
Asalkan anakmu bahagia...

Duhai emak… 

Begitu besar pengorbananmu.
Untuk membesarkan anakmu.
Menjadi seorang yang berguna.
Di masa hadapan.
Tak terbalas rasanya semua… 
Pengorbananmu itu….
Hanya doa yang sering ku panjatkan…
Kepada Yang Maha Esa.
Agar kau sentiasa dirahmati olehNya….

AMIN......YA ALLAH!

1 comment:

Klik